DRIVING VS TEXTING
DRIVING VS TEXTING.
Assalamualaikum.
Hye guys!!
Haaaa.. Sis dah lama gila dah tak update blog yang seciput ni. So harini sis nak buat kelainan la dalam blog sis. Sis nak buat blog yang berilmiah la sikit untuk korang semua. Boleh la baca sambil korang boleh gain ilmu serba sedikit. So based on topic highlight sis harini, sis nak bincangkan lah satu topik yang agak cliché tapi sebab dia agak cliché la manusia dalam Malaysia ni tak nak ambil peduli.
Harini sis nak tanya korang la, siapa yang pernah bermesej, bermain game, on the phone masa korang tengah memandu? Siapa pernah? Baik ngaku cepat. Tipulah kalua korang jawab takde sebab sis yakin setiap sorang pasti akan ada buat walaupun hanya sekali. Betul tak? Kalau yang tak pernah buat tu, Sis ucapkan tahniah sangat-sangat sebab korang dah mematuhi salah satu undang-undang yang diaktakan khas buat semua pemandu yang berada dijalan raya.
"Alah sis, bosan la topik cliché ni… topik lain la.."
Sabar!!! Korang kena tahu dulu yang sebenarnya texting while driving ni adalah salah satu penyumbang kepada peratusan kemalangan jalan raya di Malaysia.
"Asal pulak sis cakap macam tu?"
Haaaa… Mai nak bagitahu. Pada tahun 2017 di negeri Kedah sahaja, penggunaan telefon bimbit semasa memandu menyumbang sehingga 35% dalam negeri Kedah (Berita Sinar). Itu sis baru bagitahu dekat negeri Kedah saja, belum lagi negeri-negeri lain. Bukan itu sahaja, kesalahan penggunaan telefon bimbit ketika memandu juga termasuk dalam senarai dari enam kesalahan yang disenaraikan oleh pihak berkuasa pada tahun lepas.
| BIL | JENIS KESALAHAN | JUMLAH |
| 1. | Memandu melebihi had laju | 150,675 |
| 2. | Memandu di lorong kecemasan | 873 |
| 3. | Memotong di garisan berkembar | 875 |
| 4. | Memotong barisan ‘Q’ | 2,204 |
| 5. | Tidak mematuhi lampu isyarat | 2,395 |
| 6. | Menggunakan alat komunikasi semasa memandu | 2,020 |
http://www.jkjr.gov.my/ms/berita-terkini/467-berita-terkini/2963-analisis-statistik-perbandingan-kemalangan,-kemalangan-maut-dan-kematian-op-selamat-9-2016-dan-op-selamat-11-2017.html
So, sis kat sini bukan la nak bermain fakta dan sebagainya. Sebagai manusia, Sis terasa la menegur insan-insan diluar sana yang melakukan habit bermain telefon ketika memandu ini. Sis faham, pakwe/makwe korang text, mana boleh balas lambat. Sayanglah katakan. Sayang, sayang jugak. Nyawa sendiri jangan lupa nak sayang. Kalau korang rasa dah tak sabar sangat nak balas, berhenti kejap mana R&R yang terdekat. Kalau rasa dada tu dah menggelegak nak buat tiktok tu, sabar jap. Sis takut engkau kemana, tiktok kau pun entah kemana. Ingat satu ja kalau korang nak buat tiktok dalam kereta time memadu. Satu korang eksiden and dua kalau tak eksiden pun orang lain yang tengok kau tergedik dalam kereta sorang-sorang tu fikir kau dah mental. Itu ja sis nak pesan.
Pesanan ikhlas dari hoshizoraWan untuk pemandu diluar sana.
Stay tuned with my next post tentang topik yang cliché tapi isi yang tak berapa nak padat. hahahahahh.(gelak setan)
Comments
Post a Comment