PART 7 THROWBACK 6 (IT'S THE DAY)

Suasana dewan utama Kolej Tengku Arshad riuh rendah dengan 150 pelajar dan juga beberapa staf dan guru-guru yang sibuk menjalankan tugas mereka untuk mengundi bagi pemilihan JPP. Bermula jam 8 pagi tadi dan masuk sekarang sudah hampir sejam mereka menanti diluar dewan menanti giliran mereka untuk masuk mengundi memandangkan mereka berada ditempat yang agak paling belakang didalam barisan.

“aku takde mood la nak mengundi..” Naji bersuara disebalik kebisingan pelajar-pelajar lain.

“asal?” Airin menyoal.

“dah NYDP kita bukan Ariana, malas betul aku. Takkan aku nak undi si Diana cekodok tu?” Naji masih tidak berpuas hati dengan Diana yang sudah membongkarkan rahsia Ariana kepada pengetua sekaligus memilih diri sendiri untuk menggantikan tempat pencalonan Ariana sebagai NYDP.

“kan bukan Diana sorang je yang bertanding untuk NYDP. Mimi pun ada sekali.” Ariana bersuara.

“hmmmm.. aku kalau nak bandingkan kau dengan Mimi, mestila aku akan cakap kau lebih layak. Bukan aku nak cakap Mimi tak layak, tapi….”

“takpe. Masuk dalam nanti, korang tengok screen tu betul betul and pilih yang mana paling layak.” Ariana memotong kata-kata Naji.

“hmmm..tak sekarang ni apasal yang dah mengundi tu tak boleh masuk kawasan sini? Kalau tak, boleh juga aku tanya diorang undi sape.” Mija yang dari tadi sibuk bersembang dengan Aqeela dibelakang bersuara.

“kau nak tahu diorang undi sape buat ape? Ikut instinct sendiri je.” Farah pula menyelit.

“kalau ikut instinct aku, memang aku nak undi Ariana je..”

“hahahhaa..dah la. Korang masuk nanti, korang pilih je..” Airin bersuara mengenyit mata pada Ariana. Ariana hanya menyengih.

***

Ariana melangkah perlahan keluar dari dewan Utama setelah selesai menjalankan tanggungjawabnya untuk mengundi. Memandangkan dia merupakan yang paling akhir dari rakan-rakannya, mereka berenam sudah menunggu diluar dewan. Muka masing-masing sudah menunjukkan reaksi yang langsung Ariana tak dapat baca. Kalau mampu dia keluar ikut pintu lain dan lari dari mereka berenam sudah pasti dia akan buat dengan segera tetapi memandangkan hanya satu pintu sahaja yang dibuka untuk jalan keluar, Ariana tidak mampu untuk mengelak. Dia pasti, keluar sahaja dia dari dewan itu, pasti dia akan diserbu dengan pelbagai soalan oleh mereka. Ariana menarik nafas sebelum melangkah keluar. Masing masing hanya memeluk tubuh memandang tepat pada Ariana yang sudah tersengih menyeringai. Untuk seketika mereka berenam serentak berlari kepada Ariana dan terus Ariana dipeluk.

“apasal kau tak bagitahu kitorang?”- Aqeela
“nasib aku tak terus undi Mimi tahu!!”- Dira
“kau tahu mood aku nak mengundi dah kelaut dari semalam lagi sebab aku ingat kau dah takde dalam pencalonan JPP?”- Naji
“macam mana kau boleh tercalon balik?”- Farah
“patut aku tengok kau relaks je tadi”- Mija

Ariana hanya tersengih memandang rakan-rakannya yang berada didepan dia kini.

“aku…..”

*perhatian kepada semua pelajar Kolej Tengku Arshad, sila hadirkan diri anda ke dewan utama sekarang untuk sesi pengumuman undi*

Suara pengumuman dari corong speaker disebelah dewan itu memotong kata-kata Ariana.

“jom la kita gerak masuk dewan dulu. Lepas selesai, korang minta la explaination dari Ariana.” Airin bersuara mengajak.

“ok. Lepas ni kau explain tau Ariana..” Aqeela bersuara.

“ok!!” Ariana mengangkat tangan seolah bersumpah.

***

Suasana dewan sekali riuh rendah apabila pelajar dan para guru serta staf yang sedang mengambil tempat masing-masing bagi melibatkan diri untuk acara pengumuman undi. Setelah semua murid dan guru-guru mengambil tempat, suara emcee mengambil alih untuk memulakan acara. Sebelum pengumuman undi diadakan, emcee memanggil nama pengetua untuk memberikan sedikit ucapan. Semua mula diam apabila En Rosli, pengetua sudah berada diatas pentas.

“Assalamualaikum..”
“waalaikumsalam..” serentak satu dewan menjawab.

En Rosli memulakan ucapannya menerangkan serba sedikit mengenai organisasi JPP dan banyak lagi mengenai kegiatan aktiviti akan datang Kolej Tengku Arshad dan sebagainya.

“sebelum saya serahkan kepada yang terlibat untuk umumkan pemenang undi, saya nak seseorang untuk perjelaskan tentang isu pencalonan JPP kita kali ini.”

Ariana sudah tidak senang duduk apabila memikirkan adakah dia orang yang perlu perjelaskan.

“Ariana.” suara En Rosli memanggil menyentak Ariana. Dada kembali berdebar. Bukan dia tidak biasa berdiri diatas pentas berada dihadapan khalayak ramai, tapi suasana sekarang yang buat Ariana rasa mahu sahaja dia terus tarik diri.

“Ariana, sila naik ke pentas.” sekali lagi En Rosli memanggil.

Ariana memandang rakan-rakannya disebelah. Mereka mengangguk memberi sokongan walaupun mereka sendiri tidak tahu apa yang terjadi. Mata Ariana pula melilau dibahagian tempat duduk pelajar lelaki mecari Daniel. Sejurus mata tertangkap wajah Daniel yang turut memandang dia saat itu, Ariana senyum terasa lega sebelum dia bangun dan bergerak naik ke pentas.

“saya yakin semua nak tahu apa yang jadi selepas saya tarik pencalonan Ariana minggu lepas dan tiba-tiba hari ini Ariana tersenarai kembali dalam pemilihan undi.”

Habis saja pengetua bersuara, dewan utama Kolej Tengku Arshad riuh rendah dengan suara pelajar. Ariana tidak pasti apa yang mereka kecohkan, sama ada baik atau buruk, dia terpaksa terima. Mikrofon yang disua oleh En Rosli, Ariana capai. Nafas ditarik perlahan memberi ketenangan pada dada yang sudah tidak teratur degupnya.

“Assalamualaikum..”
“waalaikumsalam..” sekali lagi serentak satu dewan menjawab.

Kepala mikrofon ditutup sebelum aku bersuara perlahan kepada En Rosli disebelah. Anggukanya memberikan kelegaan kepada aku.

“err.. saya tak tahu nak terang macam mana, why not korang yang tanya soalan dekat saya. inSya Allah saya akan cuba untuk jawab.” sekali lagi dewan Utama riuh rendah sebelum kelihatan seorang pelajar perempuan keluar dari tempat duduk dia dan mendapatkan mikrofon ditengah dewan. Diana.

“Assalamualikum Ariana, saya dengar awak ditarik pencalonan dari JPP minggu lepas sebab awak kantoi buat kerja gila. Betul ke?”

Ariana menarik nafas rendah. Minah ni sengaja buat tak tahu ke apa? Dia sendiri yang bagitahu pengetua tentang kerja gila aku. Melihat pada senyum sinis Diana yang masih di tengah dewan itu buat Ariana tersenyum. Faham la dia apa yang Diana cuba lakukan. Jatuhkan Ariana depan semua orang.

“betul!. saya tak boleh nafikan lagi yang pencalonan saya ditarik sebab kerja gila saya. Dan dikesempatan ini, sekali lagi saya nak minta maaf kepada Puan Hus sebab pecah masuk lab Puan tanpa kebenaran, Saya nak minta maaf kepada semua sebab blackoutkan block akademik, saya juga nak minta maaf kepada En Adam sebab saya pecah masuk bilik access dan saya nak minta maaf kepada En Hisham sebab masuk office En HIsham untuk buka switch wifi. Saya minta maaf.”

Ariana memandang setiap wajah yang dia sebut itu. Ya dia sudahpun secara personal pergi meminta maaf kepada mereka semua sebelum hari mengundi ini lagi. Dari jauh pula kelihatan seorang pelajar lelaki turut bergerak ke mikrofon untuk bertanya. Abit. Ariana tersenyum.

“hai Ariana..” Abit melambai sikit kepada Ariana.
“mungkin dah ada yang tahu macam mana awak boleh tercalon balik dalam JPP, tapi mesti lagi ramai yang masih tak tahu. Boleh awak bagi pencerahan?”

Ariana mengangguk. Betul, kawan-kawan Daniel semua dah tahu yang dia tercalon kembali tetapi kawan-kawan dia belum mengetahui. Saja dia nak bagi surprise.

“macam saya kata tadi, saya ditarik pencalonan JPP sebab saya dah buat kerja.. err kerja gila semua tu, jadi saya memang dah expect akan terima hal ni, tapi saya nak terima kasih sangat kepada guru-guru dan rakan-rakan saya yang selalu memberi kepercayaan kepada saya. Sebab kepercayaan mereka semua yang dorong saya untuk terus bersemuka dengan En Rosli untuk mempertimbangkan pencalonan saya.”

“assalamualaikum Ariana. Since awak dah tercalon kembali, kenapa awak tak terlibat dengan menifesto haritu?” Alia pelajar perempuan seterusnya menyoal.

“sebab itu syarat yang saya kena pegang selepas saya dapat pencalonan kembali. Syarat yang saya dah setuju untuk saya diterima kembali dalam pencalonan JPP.”

“tapi awak tak kisah ke kalau kalah? Sebab tadi pun saya tak perasan yang nama awak juga ada dalam screen mengundi. Mungkin juga ramai yang tak perasan macam saya.” sekali lagi Alia menyoal.

“since saya dah terima syarat itu, saya tak kisah pun saya menang ke kalah. Kalau saya melalui proses sebenar mengundi pun, saya ada dua kemungkinan juga samaada menang atau kalah. Sebab menang atau kalah itu semua hak kamu semua untuk mengundi.”

Melihatkan suasana dewan yang sunyi itu, Ariana kembali tenang. Tiada lagi pelajar yang berdiri untuk bertanya.

*ada lagi persoalan yang nak diajukan?* suara emcee dari tepi pentas bersuara. Dewan hanya diam menandakan tiada lagi solan yang hendak dilontarkan

Mikrofon ditangan Ariana diserahkan kembali kepada pengetua. Ariana menunduk hormat kepada pengetua sebelum turun mengambil tempatnya semula.

“pencalonan kembali kepada Ariana bukan atas keputusan saya sendiri, tapi juga perbincangan saya dengan guru-guru yang lain termasuklah syarat yang saya berikan kepada Ariana. Atas usaha Ariana yang membuat rayuan untuk dicalonkan kembali dan juga surat-surat cinta pelajar lain yang cuba memujuk saya untuk memberi kembali pencalonan kepada Ariana, jadi saya sudah mempertimbnagkan. Cuma kita hanya tunggu keputusan undi sahaja nanti.”

En Rosli menamatkan ucapannya dan terus mengambil tempatnya kembali ditengah pentas bersama staf tertinggi yang lain.

“apasal kau tak bagitahu kitorang awal awal?” Suara Mija bersuara marah yang dibuat-buat menyoal Ariana sebaik sahaja Ariana duduk ditempatnya.

“aku saje je nak surprisekan korang..” Ariana bersuara perlahan.

“memang surprise pun Ariana!! nasib aku nampak nama kau tadi. Kalau tak durhaka aku tak undi kau..”

Ariana menyengih. Rasa bersalah pun ada sebab rahsiakan hal itu dari kawan-kawannya.

“tapi korang undi bukan sebab aku kawan korang kan?” Ariana menyoal perlahan.

“kau ingat kitorang ni ape nak pilih kasih. Sebab kitorang percaya kau, sebab kitorang yakin dengan kau,thats why kitorang undi kau.” Dira bersuara.

“thanks guy!!” Ariana menyeka airmatanya yang sedikit menitis di bibir mata. Terharu dengan persahabatan mereka. Mereka la yang dia takkan pernah lupa sampai bila-bila.


P/s:- hye guys!! macam mana part 7 ni? Ok tak? Apa yang ARiana merayu dekat En Rosli sampai En Rosli kasi peluang kedua untuk Ariana? Nak tahu? Kalau nak tahu kena la tunggu next part mungkin. Or mungkin kita rahsiakan aje. Hhahaha.. alah, dari part sini pun korang dah tahu. Tak perlu detail kan? Nanti korang bosan nak baca. So just wait my next part untuk tahu cerita apa lagi yang saya nak olahkan. Hehehehe. Btw korang ada idea tak Mija nak aktif dalam kelab ape? Tak kisah sukan or what, kalau ada idea, komen ok!! thanks guys!!

Comments

Popular posts from this blog

PART 1 (still tak dapat title lagi)

PART 6 THROWBACK 5 (CRACK)