PART 1 (still tak dapat title lagi)

Kaki melangkah laju menyusuri kaki lima berbumbung itu. Jam di pergelangan tangan dikerling seketika. Jarum jam sudah menunjukkan ke angka 3. sesekali mulut terkumat kamit memaki diri sendiri yang terlajak tidur selepas zohor tadi. Dia pasti perjumpaan yang sepatutnya dijalankan pukul dua tadi sudah sampai pertengahannya. Sekali lagi mulut membebelkan diri sendiri.

“weyh Ana!! kau laju-laju nak pergi mana?”

Suara Airin yang baru keluar dari dewan makan menerjah disebelah. Ariana hanya membiarkan. Tiada masa untuk dia memberi penerangan selain memikirkan muka Danial selaku YDP yang bengis dengan jelingan mata yang tajam itu. Walaupun Ariana dan Danial dari kelas yang sama dan mereka berdua juga boleh dikatakan bagai belangkas, tapi bila melibatkan organisasi, Danial sangat tegas. Airin yang mengekor disebelah dijeling.

“kau apasal ikut aku ni?”
“kau apasal kalut-kalut ni?”

Mereka berdua menjeling sesama sendiri.

“aku ada meeting..”
“meeting?”
“ye Airin..meeting”
“meeting ape?”
“JPP la saudari”

Ariana pantas meninggalkan Airin dibelakang. Untuk seketika kaki yang pantas melangkah terhenti. Badan memusing ke belakang menhadap Airin yang masih memandang tepat kepada dia.

“kau apasal tak masuk meeting sekali?” Ariana menyoal. Baru dia teringat yang kawannya itu juga salah satu ahli dalam organisasi JPP sebagai bendahari.

Airin melangkah kearah Ariana yang masih menggerutkn dahinya.

“cik NYDP, cuba tengok telefon kat tangan tu.” Airin menjeling pada telefon bimbit ditangan Ariana.

“apasal?”
“buka whatsapps dan baca ye saudari..”
Ariana pantas membuka applikasi whatsappnya. Pesanan mesej dari group JPP 13/14 dibuka.

“meeting petang ni dicancelkan disebabkan masalah tertentu”

Ariana membuka pula pesanan dari Daniel yang dihantar sebelom zohor tadi.

“jumpak kau dekat Sickbay 3.30 japgi”

Mata segera menjeling jam ditangan. Lagi sepuluh minit. Kaki segera berpatah balik bergerak pantas ke Sickbay. Airin yang ditinggalkan itu terkapai-kapai memanggil namun tidak dihiraukan Ariana.

“harini memang hari pantas sedunia eh?” Airin bersuara sendirian sebelum melangkah pergi ke cafeteria.

***

Applikasi Whatsapp dibuka. Nama Daniel dibuka.

“aku dah ade depan Sickbay ni”

Pesanan ringkas itu dihantar. Sesaat dua ia sudah dibaca. Dan seketika pintu Sickbay dibuka dari dalam. Melihat buku lali Daniel yang terbalut dengan bandage itu, Ariana terus mendapatkan Daniel.

“kaki kau kenape?”
“bola pagi tadi”

Dua-dua bergerak duduk di meja batu berdekatan.

“dah bagitahu papa dengan mama?”
“tak serius pun. Nanti diorang risau.”
Ariana mengeluh.

“kau jangan bagitahu ayah dengan ibu pulak.”
Daniel memberi arahan.

Ya, sebab itu mereka dipanggil belangkas. Kemana-mana mesti bersama. Mana tidaknya, mereka berdua membesar juga bersama. Ibu bapa mereka juga berkawan baik sejak dulu. Ibu bapa daniel juga ibu bapa kepada Ariana dan sebaliknya.

“kau dah makan?”
“belum”
“nak aku belikan apa-apa tak dekat cafe? Koop?”
Ariana memandang sahabat baik dia itu. Daniel menjulingkan matanya keatas. Jari telunjuk menggaru dagu.

“kau jangan nak order kue teow tomyam pulak eh. Aku siku japgi.”

Bukan Ariana tak tahu. Kue teow tomyam itu makanan kegemaran Daniel, tapi hanya dimasak oleh ibu sahaja. Mama dia sendiri pun dia taknak. Bukan dia tak ingat waktu Daniel demam dua tahun lepas, gigih Ariana suruh ibunya menghantar kue teow tom yam untuk daniel. Nasib ibu sayang. Kalau tidak mahu kena pelangkung dengan Ariana.

“tapi aku memang teringin la nak makan kue teow tomyam ibu.”
“bolehhhh… nanti biar ibu datang, tengok kaki kau yang kena bandage tu. Nanti ibu jaja dekat mama. Kau nak?”
“kau ugut aku?”
“eh tak la. Aku cakap je”
Ariana mengankat keningnya pada Daniel. Daniel hanya menjeling.

“bila nak buat meeting untuk minggu DanaKasih tu? Lagi sebulan lebih je lagi.”
Ariana memandang Daniel.
“kau ni, fikir meeting dari aku kan?”
Sekali lagi Daniel acah merjuk.
“kalau aku tak risau, dah lama aku gi sambung tidur kat asrama dari datang tengok kau tahu..”
Daniel sengih mendengar jawapan Ariana. Dia tahu ariana akan ada setiap kali dia sakit macam ni.

“Lusa dah boleh. Kaki aku ni kejap je. Kalau tak baik jugak aku pass dekat kau la tolong handle.”
Ariana hanya mengangguk.


***


“korang dah decide ke nak buka booth ape?”
Ariana memandang kawan-kawan baiknya yang sibuk berbincang mengenai minggu DanaKasih yang hanya tinggal lagi dua minggu.

“kitorang jadi awek bunga nanti.” Farah bersuara.

“bunga dah settle ke?” Airin pula bersuara

“kau jangan risau. Kitorang dah deal dengan abang Dira haritu. Kitorang dapat bunga fresh dari cameron tahu..” semangat Naji menjawab.
“nak tak kita buat servis hantar bunga? Aku tahu ramai je student nak hantar bunga dekat crush, tapi masing-masing malu. So why not kita jadi orang tengah?” Mija bersuara
“and.... why not selain kita buat jual bunga, kita jual jugak cenderahati. Nak tak?” Mija sekali lagi memuntahkan ideanya.
“boleh!!aku setuju sangat dengan servis hantar bunga tu, tapi yang cenderahti tu nak deal dengan sape pulak?” Dira pula menyelah.
“handmade la geng. Dira budak seni. Farah kan dah menang Creative Innovation haritu. Aku, Airin dengan Qeela boleh buat bahagian tulisan-tulisan ni. Amacam?”Mija semangat.
“Onnnn!!” serentak mereka bersuara.
“esok kena gerak beli barang dah geng” Qeela yang sejak tadi hanya mendengar bersuara.

Ariana dan Airin hanya mengangguk mendengar mereka berbincang. Semangat betul mereka apabila diberitahu organisasi JPP membuka tapak untuk pelajar membuat jualan. Mereka kumpulan perama yang  mendaftar. Ariana dan Airin hanya mampu memberi sokongan sahaja memandangkan mereka berdua terlibat dengan pengurusan pada minggu DanaKasih.

***

“aku dah daftar kita untuk buka booth minggu DanaKasih nanti.” Andy yang duduk di meja belajar bersuara.
“huh!!! nak jual ape?” serentak enam orang lelaki yang berhimpit diatas satu katil bujang itu bersuara.
“coffee”
“barista?”
“yup!! with indie band.”
“perghhh… ha kalau gitu aku on!”
“onnn!!” serentak semua bersuara.
“aku tak boleh join guys.” Daniel perlahan bersuara.
“takpe. Kau boleh dikecualikan.” laju Andy membalas dan segera duduk diatas katil bertentangan dengan enam sahabatnya.

“aku, Kojie, Abit jadi barista. Mika, Pijoe, Haq handle band. Amacam?”
“sempoi!!!’ Mika yang dari tadi memetik gitar bersuara.
“peralatan macam mana?” Abit menyoal.
“kak aku pergi Sabah time minggu DanaKasih nanti, so..”
“kita caras barang dia la ni?” Pijoe memotong. Andy hanya sengih. Mereka semua sudah sedia maklum yang kakak sulung Andy memiliki cafe.
“coffe je ke?” Haq pula bersuara.
“aku pun tengah fikir jugak. Macam tak best kalau jual coffee je. Korang ade idea?”
Semua terus memandang kepada Kojie.
“ape?”
“mak kau kan ada cafe donut.” Daniel merungkai pertanyaan Kojie.
“owhhh..ingat ape tadi.”
“so boleh tak?”abit masih memandang Kojie.
“mak aku pantang ada tempahan, dia boleh saje..”
“cantikkk” serentak.  

***
Masing-masing duduk diam terkaku. Mata masing-masing menjeling antara satu sama lain. Tak pernah-pernah mereka dipanggl oleh YDP dan NYDP untuk berjumpa. Sudahnya satu kumpulan mereka pula dipanggil menghadap. Mana tak seram. Nak kata ada buat salah, mungkin lah ada sebab semalam diorang keluar outing tanpa kebenaran tapi takkan kantoi pula. Pajo sendiri dah sahkan yang diorang takkan tertangkap.

“err.. abang daniel dengan Kak Riana panggil kitorang kenape? Kitorang ada buat salah ke?” Kucai bersuara perlahan.
“korang rasa?” serius Daniel bersuara.
“errr.. hmmm..” serentak
Daniel sengih.
“chill.. kitorang nak minta tolong korang untuk miggu DanaKasih nanti.” Ariana bersuara. Masing-masing melepas nafas tanda lega.
“owhhh..ingatkan ape tadi.. berdiri dah bulu roma ni nak kena menghadap YDP dengan NYDP” Pajo menyua lengannya dihadapan Daniel.
“hahahha..tahu takut. Outing tanpa kebenaran tak takut pulak eh?” Daniel menjeling sambil kening dijongketkan pada lapan pelajar lelaki dihadapannya itu.
“alamak…” perlahan serentak mereka bersuara.
“sorry la bang, Kak Riana. Kitorang janji tak buat dah.” Jebat bersuara emohon maaf.
“ye lah. Kitorang kasi chance je kali ni. Lepas ni kantoi lagi, siap koang. Sedut air tasik kat depan tu sorang sikit.” Daniel mengugut.
“uish.. tak mau la saya abang Daniel. Kami janji tak mau buat dah.” daniel hanya tergelak mendengar Fendi bersuara dengan loghat utaranya.
“nak minta kitorang tolong ape?” Kasyah pula bersuara.
“jadi bodyguard”
“huh!!”
“korang kene escort VVIP dan VIP yang datang waktu hari perasmian nanti.” Ariana memberi penerangan.
“plusss… korang kena terlibat dengan gimik nanti.” Daniel pula menyambung.
“uish..gimik?”
“yup. Esok korang datang bilik mesyuarat Delima. Kitorang akan briefing lebih lanjut lagi. Boleh?”
“okey..boleh!” Kucai, Pajo, Jebat, Fendi, Syah, Acap, Raja, dan Bob serentak bersuara.

***

“kak Ariana, macam mana kitorang nak buat gimik tu kalau masing-masing tak boleh masuk?”
 Suraya bersuara perlahan. Takut juga kalau-kalau NYDP ini naik hantu. Tapi diorang memang tak boleh berganding dengan Kucai and the geng sebab setiap kali diorang bersemuka pasti sahaja ada yang tak kena.

“kenape?” pendek Ariana menyoal.

“kitorang tak boleh ngam la kak Ariana. Diorang ni keje nak gaduh dengan kitorang je.”
Bob bersuara sambil mata menjeling pada lima pelajar perempuan yang juga turut terlibat dengan gimik yang akan diadakan pada hari perasmian SumbanKasih nanti.

“siape yang cari gaduh dulu?” Jiha pula bersuara tiinggi.
Ariana menghela nafas. Hari ini Daniel tidak dapat hadir bersama untuk meeting dengan diorang yang terlibat dengan gimik dan VVIP kerana sibuk berurusan dengan penyelaras program, Encik Madi. Jadi sekarang dia hanya sendirian memandangkan ahli JPP yang lain juga sibuk menguruskan urusan masing-masing.  

“okay. Korang semua duduk dulu. Bagi akak cakap dulu.” masing-masing mereka hanya diam mengambil tempat mengelilingi meja bujur itu. Ariana yang berada dihujung meja hanya memandang.

“so, before kita start apa-apa. Akak nak korang dari setiap group cakap ape yang korang tak puas hati antara satu sama lain.” Ariana mengarah. Masing-masing hanya diam tanpa berkutik. Mungkin tak selalu berhadapan dengan situasi itu.

“akak bagi masa dekat korang setengah jam untuk luahkan apa yang korang tak puas hati.” sekali lagi Ariana bersuara memandangkan masih tiada siapa yang berani bersuara. Badan disandarkan ke kerusi menanti.

Masa kian berlalu namun masih tiada siapa yang bersuara.

“ok. Kalau semua diam macam ni, semua boleh bersurai. Akak boleh cari pengganti yang lain. Meeting dissmiss” Ariana segera bangun dari tempat duduk untuk meninggalkan bilik mesyuarat Delima.

Masing-masing yang lain terkedu.

“kak Riana, kitorang minta maaf.” Syah berdiri bersuara sebelum Ariana sempat melangkah keluar dari bilik mesyuarat Delima.

Ariana memandang semua yang ada didalam bilik mesyuarat itu satu persatu.

“kitorang minta maaf akak. Kitorang janji akan buat terbaik untuk hari perasmian nanti.” perlahan Suraya bersuara.

Ariana kembali duduk dikerusinya.

“siape yang rasa rak boleh join jugak gimik ni, korang boleh dissmiss.” tegas Ariana bersuara. Namun tiada siapa yang bergerak meninggalkan bilik mesyuarat itu. Ariana senyum nipis.

“korang tahu?” semua mata laju memandang Ariana.

“kitorang yang ahli JPP sekarang ni dah tak lama nak letak jawatan. Tamat je event DanaKasih ni, tamat jugaa lah perkhidmatan kami kepada Kolej dan semua student dan seterusnya akan disambung oleh batch korang. Kalau korang semua macam ni, macam mana kitorang, cikgu-cikgu, pengetua nak pilih untuk sambung perkhidmatan kitorang? Kitorang pun dah tak lama dah dekat Kolej ni. Habis je SPM kitorang dah takde. Tahun depan korang akan dapat junior yang baru, dan macam ni ke korang nak tunjuk dekat junior junior korang?”

Ariana memandang mereka yang sudah diam menikus.

“sebab kitorang semua percaya la kitorang pilih korang semua.” Daniel yang baru masuk kedala bilik mesyuarat bersuara. Semua mata memandang Daniel.

“sorry lambat. Banyak pula soalan Encik Madi tadi.” Daniel terus mengambil tempat di kerusi kosong yang ada di antara Pajo dengan Jebat. Ariana hanya mengangguk faham.

“korang gaduh-gaduh nak pergi mane? At last korang akan bekerjasama jugak one day.”

“dah. Jom start briefing. Korang ada masa seminggu lebih je nak prepare dengan gimik ni.” Ariana bersuara memecahkan suasana yang panas tadi.

***

Suasana dewan Mutiara sebagai tempat utama hari perasmian DanaKasih agak riuh rendah dengan pelajar-pelajar yang mula mengambil tempat di dalam dewan. Suara emcee juga sudah bergema memberi penerangan dan atur cara majlis kepada pelajar dan guru-guru yang sudah berada didalam dewan. Tidak kurang juga kepada semua yag terlibat dengan majlis perasmian itu tidak cukup kaki melangkah kesana kemari bagi memastikan program berjalan lancar.

Telefon bimbit ditangan dibuka. Nombor Alia selaku EXCO program didail.

“kau ok ke dekat auditorium tu?”
“aku ok je Riana. Tapi kalut sikit sebab Suraya tiba-tiba sakit perut.”
“kau dah tanya Hakimi VVIP sampai pukul berape?”
“dah. Lagi setengah jam diorang sampai, and dalam 15 minit macam tu terus gerak pergi dewan dari sini.”
“ok. Tu Suraya dah ok belum?”
“dia dah makan ubat. Dia kata kejap-kejap lagi baik la.”
“okeyh. Ape-ape terus call aku atau Daniel.”
“Alright boss”

Panggilan dimatikan. Risau juga dia pada keadaan Suraya. Hanya seketika telefon Ariana kembali berdering. Daniel.

“ye ada ape ape nak kena tolong ke?”
“muka tu jangan la serius sangat.”

Terus Ariana memandang sekeliling. Keadaan yang agak sesak dengan pelajar yang masih belum mengambil tempat membuat Ariana langsung tidak nampak kewujudan Daniel disitu.

“mana ade serius..”
“yeke?”
“Suraya sakit perut. Risau jugak ni..”
“takde ape la.. jangan risau sangat. Buat macam yang kita rancang je.”
“ok.”
“good luck!”
“good luck jugak!!”

Bibir mengukir senyum. Dari dulu, tak pernah lekang kata semangat lelaki itu untuk dia. Dialah sahabat main, gaduh, merajuk dari kecil lagi.

***

Blazer hitam dibadan dibetulkan. Entah untuk yang keberapa kali tapi cukup la untuk membuang rasa nervouse. Selaku ketua yang akan escort VVIP nanti, taku juga dia kalau tersilap langkah, mahu tersembam pula depan orang, mahu dia berhenti sekolah segera.

“kau kenape Kucai?” Diana menyoal apabila dia kerap kali melihat Kucai membetulkan blazernya.
“aku nervouse la.”
“relax je. VVIP tu tak makan kau.”
“eh dia ni.”
“betul la. Paling teruk pun dia bercakap sikit-sikit je dengan kau.”
“dah la. Merepek je kau ni. Korang dah ready ke gimik japgi?”
“of course dah.?”
“semangat ehh”
“nak happykan kak Ariana je”
“hmm.. betul!”

Tak sangka kalau dulu pantang mereka berjumpa pasti ada yang tak kena, tapi sekarang semuanya boleh masuk sekali. Boleh bergelak sekali. Kuasa NYDP.
***

Pekarangan Sinensis riuh rendah dengan 35 buah booth yang terpasang dengan pelbagai jualan dan ada juga booth yang menyediakan perkhidmatan kaunseling, booth mengenai informasi ubat-ubatan dan lain-lain. Para pelajar juga sibuk membeli setelah selesai majlis perasmian DanaKasih sebentar tadi.

Ariana duduk di kerusi yang disediakan berdekatan dengan booth Coffee and Band. Nafas dilepaskan perlahan. Terasa lapang dada apabila majlis perasmian berjalan dengan lancarnya tadi. Sekarang para VVIP dan VIP sedang menjamu selera di bilik Cendiakawan dan Hakim dan Maria ambil alih untuk majlis makan-makan. Mata memandang pada Abit dan Kojie yang sibuk menyediakan coffee untuk pelanggan yang semakin ramai mengunjung. Mika, Haq dan Pijoe pula masih setia dengan petikan guitar dan mikrofon mereka.

“Abit, Macchiato satu.”
“uish..NYDP kita datang la.”
“tak payah NYDP sangat la.”

Abit hanya menyengih.

“kau nak ape tadi?”
“Macchiato.”
“ok. Siap boss”


Mata kembali melihat pada band yang sedang memainkan lagu can’t help falling in love itu.

“mana Daniel?”
Mata terus tearah pada Andy yang sedang mengangkat plastik berisi biji kopi itu.

“ade je kat kedai bunga tu..”
Jari telunjuk menunding pada Daniel yang sibuk berbual dengan Mija dan Naji di booth bunga mereka yang tak jauh dari booth coffee ini.

“sorang dekat sini, sorang dekat sana, korang gaduh ke?”
“huh!! takde masa la nak gaduh, Andy”
“heheh.. yelah.. selalu korang asyik sekali je. Belangkas la katakan.”
“tak sempat la nak jadi belangkas seminggu dua ni. Sibuk weyh.”
“boleh eh sempat tak sempat..hahah”
“ehh.. dengan aku ape je tak boleh.”
“yelah.. blackoutkan blok akademik sebab taknak pergi prep pon boleh buat kan?”
“ehhh..jangan diungkit..dah insaf ni”
“hahhhah.. dah la.. aku nak sambung buat kerja. Kau dah order belom?”
“dah.”
“ok”

Bunyi dentingan telefon menandakan ada pesana di Whatsapp terus dibuka. Pesanan dari Hakim.

“YB nak turun Sinensis. Get ready”

Nombor telefon Kucai terus didail.

“get ready dua orang. YB nak turun Sinensis”
“ok boss”

Panggilan dimatikan.

“Abit. Order aku, japgi aku ambil.”
“huh!! haa..okok”
Segera kaki melangkah kearah Daniel yang masih berada di booth Bunga.

“YB nak turun Sinensis.” pesanan Whatsapp yang dihantar oleh Hakim ditunjuk pada Daniel.
“ok. Jom gerak.”

“uish diorang ni sibuk kalah menteri aku tengok. Kesian betul. Aku tengok JPP semua gaya tak cukup tanah dah jalan.” Aqeela berseloroh.
“ye weyh. Selagi YB tak balik, selagi tu la diorang sibuk.” Dira bersuara sambil tangan sibuk menyiapkan gubahan bunga yang ditempah sejak tadi tidak berhenti-henti.
“tak sekarang ni aku perati je si Farah tu. Ape la yang dia tersangkut dengan booth Coffee and Band tu. Katanya nak gi hantar bunga.” Mija pula bersuara.
“apa lagi Mija. Haq tengah perform tu, mana dia tak kalut kesitu.”
“owhhhhh” serentak Aqeela, Mija dan Naji bersuara.

“kak Dira.” Faris junior mereka menyapa.
“ye nak bunga ke Faris?”
“eh tak la. Ni coffee.  Ada orang suruh deliverykan.”
“sape?”
“ermmm.. hmm.. hint, abang barista..”

“wuuuuuu..” sekali lagi serentak mereka bertiga bersuara.
“tadi dia kata Farah..”
“ehh..dah la.. nah minum coffee ni. Aku tak minat flat white ni.”
“penat dia buat bentuk hati ni dekat kau, kau taknak?”
“hei.. bukan aku sorang je tahu yang dapat bentuk hati ni.. dah la.. minum, minum. Aku memang tak boleh telan la flat white ni. Salah orang gamaknya dia hantar.”
“uish.. akak kita ni jual mahal betul ni.”

Dira hanya menjeling pada Naji yang tak habis-habis menyakat.

***

Suasana Gazebo senyap sunyi. Hanya bunyi helaiaan kertas yang dselak selak. Masing-masing tertumpu pada buku yang berada di hadapan mata. Masuk sahaja penggal kedua selepas bercuti selama dua minggu, semua pelajar tingkatan lima dikenakan perintah berkurung. Bukan berkurung dari keluar asrama, tapi berkurung dari menyertai aktiviti yang boleh menganggu masa pembelajaran kerana peperiksaan besar, SPM yang hanya tinggal lagi tiga bulan sahaja. Jadual kelas juga seratus peratus bertukar kerana pengetua sarankan untuk jalankan kelas insentif mengikut kumpulan mentor mentee.

“tak sangka kan, dalam kita berhuhahuha, SPM tinggal lagi tiga bulan je.” Aqeela memecah sunyi. Bosan jugak kalau semua diam. Boleh bawa tidur kalau semua serius semacam.

“aku lagi tak sangka habis ja SPM kita semua akan berpecah.” suara Abit menyelah.

“hang nak berpecah pasaipa? Contact contact la nanti.” Pajo menyelah.

“maksud aku, nanti semua dah sambung belajar. Dah tak sama tempat belajar. Mesti ada yang dekat Kanada, UK, Australia, Malaysia. Semua ada kehidupan masing-masing”  

“the facts is, kita memang tak boleh lari.” Mija mencelah.

“betul!” serentak perlahan.

“tapi satu je aku nak cakap, jarak boleh memisahkan kita, tapi persahabatan kita takkan pernah terputus.” semua mengangguk setuju dengan apa yang Andy katakan.

***

P/s:- cerita ni macam tergantung kan? Ke tak? Kalau rasa tergantung, request la untuk buat sambungan sebab memang tengah fikir jugak nak buat cerita setiap sorang yang ada watak dalam cerita ni. So macam mana? Kalau rasa nak sambungan boleh comment nak. Kalau taknak pun comment je apa apa yang rasa nak comment.

Comments

Popular posts from this blog

PART 6 THROWBACK 5 (CRACK)

PART 7 THROWBACK 6 (IT'S THE DAY)