PART 6 THROWBACK 5 (CRACK)


Masing masing yang ada di kelas 4 Hydrology tekun menelaah buku Biology kerana sebentar lagi mereka akan menduduki quiz kedua yang akan menyumbangkan markah dalam gred puata pelajar. Ada pelajar yang duduk secara berkumpulan untuk belajar bersama dan ada jugak pelajar yang cuba untuk bersendiriran. Daniel, Ariana, Dira dan Andy duduk mengelilingi meja Ariana dan Dira untuk mengulangkaji bersama.

“Ariana!! En Hisham nak jumpa kau dekat bilik mesyuarat utama!!” Adam yang termengah mengah didepan pintu kelas bersuara kuat memanggil nama Ariana.

Ariana dan Dira berpandangan sesama sendiri sebelum Ariana memandang Daniel yang ada dihadapannya kini. Teringat pula pada kerja gila yang dia lakukan seminggu lalu.

“Biar aku pergi dengan kau sekali!!” Daniel bersuara.

“tak payah. Biar aku pergi sensorang.” Ariana berdiri untuk beredar.

Daniel sudah risau. Tidak kurang juga Dira dan Andy yang turut risau. Bukan mereka semua tidak tahu apa akan jadi kalau kerja gila Ariana kantoi.

“Ariana….” Dira memanggil. Risau pada Ariana semakin tinggi.

“takpe.. aku tahu la nanti nak jawab. Aku yang buat, pandai la aku jawab.”

“kalau ada ape-ape terus bagitau kitorang” Andy pula bersuara.

“ok!!” Ariana senyum kepada tiga orang rakannya yang nampak sangat risau itu. Tipu kalau dia kata diri dia tak risau, tapi dah kantoi, terpaksa la dia serah diri.

Sepanjang perjalanan Ariana ke bilik mesyuarat, dia hanya menunduk memikir. Dia sendiri pelik, macam mana kerja gila dia boleh kantoi. Setahu dia dan rakan satu batch dia juga sudah berjanji untuk simpan antara mereka. Takkan pula pelajar lelaki yang beritahu, tapi setakat yang dia tahu, hanya gang Daniel je yang tahu. Ariana mengeluh tambah-tambah memikirkan hari pencalonan JPP yang hanya tinggal lagi beberapa hari sahaja untuk berlangsung.

***

“saya rasa awak tahu kenapa saya dan En Hisham panggil awak datang sini.”

Suara pengetua yang duduk dihadapannya kini mebuatkan Ariana tunduk kaku. Mata sesekali menjeling pada Diana yang turut ada didalam bilik mesyuarat itu. Entah apa kepentingan dia disitu, tapii Ariana pasti kerja gila dia terbongkar disebabkan Diana. Encik Hisham yang turut ada disitu hanya diam memerhati Ariana.

“saya taknak cakap banyak, tapi untuk pencalonan JPP nanti saya terpaksa tarik balik dari awak. Saya rasa awak dah hilang kelayakan untuk bertanding. Yang lain saya serahkan dekat En Hisham untuk ururskan masalah kamu.”

Pengetua terus saja keluar dari bilik mesyuarat.

“Diana, kamu boleh balik kelas.” suara En Hisham yang sejak tadi hanya diam bergema seluruh bilik mesyuarat yang kosong itu.

Diana tersenyum sinis kepada Ariana sebelum meninggalkan bilik mesyuarat. Ariana merapatkan matanya. ‘aku rasa aku tak pernah cari masalah dengan kau..’ Ariana bermolog didalam hati

“awak ada apa-apa nak pertahankan diri awak?” En Hisham memecah suasana tegang. Ariana hanya menggeleng. Apa lagi yang dia perlu pertahankan kalau semuanya dah terbongkar. Dia yakin Diana dah ceritakan semuanya. Apa lagi yang dia perlu pertahankan kalau kelayakan pencalonan JPP juga sudah ditarik dari dia. Tiada apa yang dia perlu pertahankan lagi sekarang ini.

“saya tak rasa awak seorang yang cepat mengalah macam ni. Takkan takde apa apa nak cakap.”

Ariana mendongakkan kepalanya menghadap En Hisham. Suara En Hisham yang tidak menunjuk langsung rasa marah itu membuatkan Ariana pelik.

“saya minta maaf En Hisham. Saya rasa saya tak ada apa nak dipertahankan sebab saya tahu itu semua salah saya.” Ariana membalas perlahan.

“awak ingat saya tak tahu apa yang kamu buat sebelum ni?sebelum Diana bagitahu pengetua tadi?”
Ariana terkejut. ‘Dia tahu?’

“blackout block akademik, pecah masuk office saya, guna barang lab tanpa kebenaran, pecah masuk bilik access.. apa lagi? Semua saya tahu..” Ariana menunduk menikus apabila semua kerja kerja gila yang dia anggap tak kantoi sebelum ni sebenarnya dah diketahui En Hisham.

“saya minta maaf en Hisham.” perlahan.

“sudah. Awak pergi padang sekarang. 100 round. Jangan mengelat.”

Ariana mengeluh perlahan. Tapi dia hanya mengikut arahan. Segera dia melangkah keluar dari bilik mesyuarat.

“Ariana!!” Suara En Hisham yang memanggil mematikan langkah Ariana. En Hisham dibelakang dipandang.

“saya nak awak dapatkan balik kelayakan untuk pencalonan JPP walau dengan apa cara pun. Saya, pengetua, cikgu-cikgu lain, dan kawan-kawan awak yang lain percayakan awak. Pastikan awak dapat kembali kelayakan itu dan menang dalam undi nanti.”

En Hisham meninggalkan Ariana dibelakang. Ariana hanya mampu mengerutkan dahinya dan menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.

“En Hisham ni perasan tak aku dah buat salah ni??” Ariana bersuara perlahan lebih kepada untuk bercakap pada diri sendiri.

***

Ini adalah pusingan ke 47 Ariana setelah hampir satu jam dia berada dipadang. Memang dia seorang atlet, tapi kalau berlari tanpa henti seperti ini, siapa saja yang boleh tahan. Lama-lama akan kepenatan juga. Nasib juga hari ini kelas mereka ada subjek pendidikan jasmani awal pagi tadi, jadi tidak perlu dia berlari dengan baju kurung sekolah. Peluh didahi dikesat kasar. Jam ditangan dikerling. Jam menunjukkan masa kelas hanya tinggal lagi setengah jam untuk tamat. Pada waktu tengahhari begini dengan matahari terpacak tegak diatas kepala, sungguh Ariana tak mampu untuk habiskan 100 pusingan, tapi disebabkan ini denda untuk dia, terpaksa juga dia teruskan. Lariannya juga kini semakin perlahan dan terkadang terhenti seketika bagi menyedut oxygen.

“Ariana!!!!!! sudah lah tu…” Suara Mija kuat menjerit dari sebelah padang kepada Ariana yang berada jauh dari mereka. Tamat sahaja kelas tadi segera mereka menuju ke padang untuk mendapatkan Ariana.

Jeritan itu tidak diendahkan oleh Ariana. Dia kembali menyambung lariannya. Dia ada lagi 43 pusingan lagi untuk dihabiskan.

“weyhh.. aku risau la Ariana tu.. kau tak ingat ke kaki dia pernah injured dua bulan lepas..” Farah pula bersuara risau.

“weyh Daniel, suruh la dia berhenti..” Airin memujuk Daniel yang turut berada disitu. Bukan sahaja Daniel, kesemua gang Daniel turut ada disitu. Daniel hanya mengeluh.

“kau cakap macam mana pun dengan dia, aku yakin dia takkan berhenti.”DAniel bersuara.

“aku dengar Diana yang pergi bagitahu pengetua pasal Ariana.” Abit bersuara.

“Diana??” serentak mereka yang lain bersuara.

Ariana yang jatuh terduduk di hujung padang membuatkan semua berlari mendapatkan Ariana. Tak betah mereka melihat kawan baik sendiri berlari kepenatan macam tu.

“aku dah habiskan 100 round..” Ariana bersuara perlahan sambil memberikan senyuman kepada rakan-rakannnya dengan bibir yang terketar-ketar. Dia tahu rakan-rakannya juga turut risau.

“kau pucat sangat ni. Jom balik asrama!” Aqeela untuk memapah Ariana bangun. Mereka membawa Ariana ke tepi padang.

***
“eiiii…geramnya aku dengan Diana tu. Mahu je aku lenyek muka dia jadi cekodok pisang!!” Naji bersuara marah.

“biar je kat dia..” Ariana bersuara perlahan.

“aku tak faham la denga kau ni. Boleh kau suruh biar je. Dia la penyebab kau terbuang dari pencalonan JPP, dia la penyebab kau kena round padang sampai demam demam macam ni. Kau tak nampak kaki kau yang injured tu dah bengkak balik??” Farah pula membebel marah.

Ariana hanya diam tak membalas. Fikiran dia kembali melayang pada kata-kata En Hisham dua hari lepas.

“saya nak awak dapatkan balik kelayakan untuk pencalonan JPP walau dengan apa cara pun. Saya, pengetua, cikgu-cikgu lain, dan kawan-kawan awak yang lain percayakan awak. Pastikan awak dapat kembali kelayakan itu dan menang dalam undi nanti.”

Ariana menggaru dagu memikir.

“apa yang En Hisham nak aku buat sebenarnya. Kenapa dia nak aku join pencalonan JPP kalau dia sendiri tahu aku buat hal.?” Ariana bersuara perlahan cukup untuk didengari diri sendiri. Sesekali dahi berkerut.

“kau sakit ke Ariana?” Aqeela menyoal risau apabila melihat muka Ariana berkerut-kerut.

“huh???”

“kau sakit ke? Berkerut je muka aku tengok.”

“eh ta lah.” jam ditangan dikerling. Jam menunjuk pukul 2.45 petang. Belum tamat waktu bekerja lagi kalau diikutkan. Ariana terus bangun dari katil. Tudung hitam yang sedia tergantung di pintu almari dicapai.

“kau nak pergi mana?” Airin menyoal.

“jumpa pengetua..”

P/S:- hmm, tak selalunya bahagia.. betul tak? mesti la kena ada susah dia jugak. macam mana part 6 ni? ok tak? kalau tak best bagitahu la, so saya boleh improved. thank you guys!! stay tuned dgan next part. mungkin akan lambat  update sikit untuk next part sebab saya dah nak start semester baru, tapi saya akan try my best untuk update at least satu part seminggu. 

Comments

Popular posts from this blog

PART 1 (still tak dapat title lagi)

PART 7 THROWBACK 6 (IT'S THE DAY)