LIFE

"Jalanlah dengan penuh harapan, walaupun hidup tak seindah kita fikirkan. Walaupun pahit yang ditelan, percayalah ada juga kemanisan walau di penghujung jalan"


Assalamualaikum..
hello guys!!

Ok, sebab kelmarin sis post entry yang serius, so harini kita chill jerr. Relax, santai, dan lebih happening (mungkin). 

Siapa dulu pernah berangan-angan; nanti besar, nak masuk Universiti ternama. Kalau boleh nak further study dekat luar negara. Sambil study nak juga jalan-jalan pusing Europe. Dah habis study pula, nak kerja dekat company besar. Nanti nak kahwin, nak buat reception dekat hotel hias belon helium, lampu kerdip-kerdip, jemput artis buat persembahan. Majlis dengan family lain, dengan kawan-kawan lain. Baju pengantin nak yang kembang, meleret kat belakang, ada batu-batu manik. Dah kahwin, nak ada rumah sendiri, kereta sendiri. Rumah dah survey siap nak yang ala banglow two and half storey. Ada anak nanti, nak hantar anak belajar dekat private school, masuk kelas piano, swimming and so on. SIAPA PERNAH?
Tipu la kalau korang kata tak pernah sebab sis yakin semua pernah terfikir macam tu. Betul tak? Semua akan ada kemahuan yang macam tu. 

TAPI.. boleh ka nak tercapai ni? Kalau nak tercapai mestilah kena belajar sungguh-sungguh, masuk sekolah asrama penuh MRSM/SBP, result SPM mesti kena gempak ni kalau nak study dekat UK baru la nant balik Malaysia, company-company besar nak recruit. 

TAPI.. dengan semudah itu ja ka nak mencapai angan-angan kita? Macam mana kalau nanti result UPSR tak bagus? Result SPM kelaut. Macam mana nak further study oversea ni? macam mana nak masuk company besar? Kalau kerja cikai-cikai macam mana nak beli rumah sendiri? kereta sendiri? Kahwin dekat hotel? 
Kenapa korang kena fikir benda yang belum berlaku? "heal the past, live the present, dream the future". 
LIVE THE PRESENT!! 
Apa yang dah berlaku, kita biarkan ia berlalu. Usah dikenang guys. Lagi korang fikir lagi la korang serabut. Betul tak? live the present and dream the future. 

Kadang dalam menjalani kehidupan ni pasti ada naik turun  dia. Sama la macam roda, kadang dia diatas and kadang dia dibawah. Kadang tak semua yang kita impikan akan tercapai. Betul tak? Kadang apa yang kita lalui tak seindah dengan apa yang kita fikirkan. Korang nak berjaya, korang kena bersaing dengan ramai lagi manusia kat luar sana yang juga punya angan-angan yang sama dengan korang. Dalam korang sibuk nak mengejar angan-angan, macam-macam masalah, ujian yang akan datang. Kehadiran kawan yang perlu dijaga hati dan perasaan, dengan kehadiran sang penambat hati, dengan masalh kegawatan ekonomi persendirian,negara dan lain-lain. 

"Macam mana kalau aku tak dapat capai angan-angan aku? apa pula orang sekeliling kata?"
Kenapa kena fikirkan orang lain? Ramai ja dekat laur sana yang kerja tinggi, gaji masyuk tapi dia sendiri tak suka dengan kerjaya dia dan ramai manusia kat luar sana, kerja mekanik je tapi dia happy dengan apa dia buat. Dia mampu ja nak beli rumah sendiri, ada kereta sendiri. 

So guys, nak berangan-angan itu kerjanya mudah tetapi nak mencapai apa yang diangankan itu susah. Kadang apa yang kita fikirkan tak semua indah. Perjalan itu panjang. Kita akan lalui pelbagai bentuk liku jalan. Ada yang lurus, ada yang berliku-liku dan kekadang ada yang menemui jalan mati. Untuk mencapai sesuata yang indah dipenghujungnya, haruslah kita menelan kecelaan dahulu. 

p/s: sorry la kalau entry sis kali ni macam berterabur sikit

stay tuned with hoshizoraWAN.


Comments

Popular posts from this blog

PART 1 (still tak dapat title lagi)

PART 6 THROWBACK 5 (CRACK)

PART 7 THROWBACK 6 (IT'S THE DAY)