RELATIONSHIP

"Make your life a masterpiece; imagine no limitations on what you can be, have or do."



Assalamualaikum,
hello guys!!

Siapa kat sini pernah bercinta? or mungkin tengah dilamun cinta dan seangkatan dengannya?

So harini sis bukan nak jadi doktor cinta ataupun pakar motivasi mengenai hal-hal cinta sebabnya sis sendiri pun tak ada pengalaman dalam bab cintan cintun ni.

Siapa perasan, selalunya manusia yang bagi nasihat fasal bab-bab cinta ni mesti dia sendiri tak ada pengalaman (macam sis). So harini sis nak mewakili manusia-manusia diluar sana yang tak ada pengalaman bercinta tapi masih acah nak bagi nasihat kepada kawan yang sedang bercinta; kami bukanlah nak tunjuk bagus ke hape cumanya kitorang sendiri pun tak pasti kenapa orang-orang yang bercinta tu lebih selesa memilih kami yang tak berpengalaman ni untuk diluahkan perasaan.
Betul tak guys?(kepada geng single)

Sis memang tak ada pengalaman bercinta, tapi dari penceritaan, luahan perasaan kawan-kawan sis yang tak habis-habis dengan propaganda percintaan diorang tu, sis gain la serba sedikit "ilmu" yang tak berapa penting tapi mungkin akan berguna pada masa akan datang. Yedok???

Korang mesti tertanya-tanya apa la kena mengena quotes kat atas tu dengan entry sis hari ni. So disinilah bermulanya kisah si Tanggang menjadi batu (ehhhh).

OK. Back to the main topic. Kepada yang pernah bercinta or yang tengah bercinta ni mesti relationship korang pernah ada masalah kan? Pakwe jeles, awek curang, kena friendzone la and macam-macam lagi. Betul tak? Tipu la kalau korang cakap relationship korang tu tak pernah goyah. Orang berkahwin pun boleh bercerai, apatah lagi kau yang acah-acah couple islamik bagai tu.

Petang tadi sis duduk lepak dekat ruang tamu dengan one of my housemate and tetiba dia buka cerita fasal masalah dia dengan boyfriend dia. Sis yang tak berapa nak minat ni, terpaksa la hulurkan telinga kejap sebab sis ja yang ada time tu. Nak wat gumana, kita dengar jelah.  (all my housemate balik kg sebab tengah cuti hari malaysia)

So apa yang sis boleh ringkaskan dari cerita housemate sis, pakwe dia ni sangat la kuat cemburu, terlalu pentingkan diri sendiri, tak matang dan macam-macam lagi yang negatif. Sis taknak cerita lebih fasal kes dia dengan Pakwe dia tu, tapi apa yang sis nak tekankan disini, korang cuma ada dua pilihan ja.

Pertama, korang boleh pilih untuk terus kekal dengan dia walaupun dia buat korang macam patung cendana. Korang buat itu salah, buat ini salah. Semua yang betul dekat dia. Dia langsung tak hormat korang, tak hormat masa korang sedangkan dia tahu korang mungkin tengah dalam kelas, tengah gathering dengan family. Dia curang, korang salah. Korang berKAWAN dengan lelaki pun still korang yang salah. Dia buat korang nangis bukan atas kesalahan korang sendiri. Korang boleh pilih. Sis yakin ramai orang sekeliling korang yang dah banyak bagi nasihat tapi korang masih dengan pendirian korang untuk pilih dia. Jadi, kenapa korang kena mengeluh? Korang sendiri yang bermati-matian pertahankan dia, tapi kenapa sekali dia melenting korang dah rabak? Sekali dia menuduh korang curang, korang dah meleleh? Since korang dah pilih dia, korang kena la ikut cara dia. Dia tak suka korang jangan buat, tapi kalau korang rasa korang tak mampu untuk semua tu, just let him/her GO! Korang boleh buat apa saja tanpa ada orang limitkan melainkan korang melanggar syariat islam la.

Jadi, sis nak tekankan, korang dah besar. Korang dah pandai menilai mana yang bagus dan mana yang buruk. Bukan sis nak galakkan korang bercinta, tapi sis cuma mahu korang menilai.

Kepada yang masih single, teruskan single. Jangan asyik fikir; "bila la jodoh nak sampai ni". Mungkin Allah pegangkan hati kita untuk someone yang betul-betul untuk kita. Jangan risau. Jangan gelabah bila tengok sepupu, kawan-kawan dah naik pelamin. Ada rezeki kita pun akan naik pelamin. Tak ada rezeki disitu, mungkin ada rezeki yang lebih besar Allah aturkan untuk kita.

Kepada yang sedang bercinta, percayalah bahawa cinta islamik itu dongeng semata-mata. Jika korang serius dengan percintaan itu, segerakanlah ia untuk menghalalkannya. Jika ia hanya untuk kepuasan diri semata-mata, muhasabah la diri kita kembali. Bukan acah nak jadi ustazah sedangkan solat wajib lima waktu pun masih terlompong-lompong merata-rata.

p/s: entry sis serius pula harini. next entry kita chill-chill ja okeyh.

stay tuned with hoshizoraWAN

Comments

Popular posts from this blog

PART 1 (still tak dapat title lagi)

PART 6 THROWBACK 5 (CRACK)

PART 7 THROWBACK 6 (IT'S THE DAY)