MOVE ON
"You can't start the next chapter of your life if you keep RE-READING the last one"
Assalamualaikum..
Hello guys!!
Siapa pernah bercinta? breakup? Dah move on?
Saja ja sis tanya semua tu. Nak buat parut hati korang yang dah lama kering tu kembali berdarah. Pedih tak? Terasa macam ada sembilu yang menghiris tak?(kemain ayat sis)
Yang pernah breakup ni mesti susah nak move on kan? Mana tidaknya, time bercinta lautan api sanggup direnangi tup-tup; "awak terlalu baik bagi saya, kita break". Tak ke meroyan hidup time tu. Walaupun sis tak pernah lalui situasi sebegini tapi sis rasa mungkin susah kan? ke senang je? Macam kunyah kacang goreng jerr kan? tabur garam sikit, goncang-goncang, kunyah! Macam iklan keropok mamiee tu dah haa.
Ala sis ni asyik sembang cintan cintun ja...(mungkin tak lama lagi nak dapat jodoh kot =P)
Yelah. korang ingat move on ni hanya berguna time bercinta jaka? Semua yang kita buat boleh dikaitkan dengan move on tau. Kalau korang student, markah test1 fail, move on jalah. Korang nak meratapi apa lagi? Banyak lagi test, kuiz, final yang menanti. Kalau korang asyik meratapi test1 korang tu, sampai bila-bila pon korang akan fail. Betul tak? Kalau pakwe/awek tinggal? move on jalah. Korang nak pergi dekat dia meraung-raung minta dia ambil korang balik? Buat malu beb! Kita kenalah move on, tunjuk dekat diorang yang kita ni boleh hidup ja lepas break. Same goes to korang punya test1 tu. Abaikan dia. Let by gone be by gone. Kita buat la pula agenda baru macam mana nak strive untuk another test, quiz and final. Kalau korang asyik meratapi, time bila nak move on? time bila pula korang nak strive for future?
"sis ingat senang ka nak move on?dia janji kita itu ini. Alih- alih minta break"
Ya, sis faham. Dulu dia punya manis bukan main, siap semut hurung lagi. Nyamuk pun ketik, katanya darah pon manis. Sis faham. Nak move on kena ambil masa, tapi korang jangan la nak murung sampai berbulan-bulan. Biarlah berpada-pada. Ini berkunci dalam bilik sampai sebulan, buat parents risau. Makan entah tidak. Buat diri sendiri sakit. Padahal pakwe/makwe korang yang minta break tu seronok ja kehulu kehikir dengan awek/pakwe baru. Kan dah sia-sia hidup kau selama sbulan berkunci dalam bilik tu. Mana la nak tahu dalam masa sebulan berkunci tu jodoh yang sebenar dok lalu lalang depan rumah. Kan dah melepas. Kalau dapat pun, lambat la sikit.
So, apa yang sis nak cakap dalam entry harini, jangan la ambil masa yang terlalu lama untuk move on. Dia boleh membinasakan diri korang sendiri. Seronok buat korang kelaparan? murung la setahun terus. MAnatahu keluar bilik nanti tinggal skeleton jerww. Kan senang, tanam je terus (ok gurau). Move on tu bukan setakat korang guna time break je, tapi boleh guna bila-bila masa. Korang nak rasa down bila tengok markah test1 yang teruk tu, silakan. Tapi jangan la lam-lama. Kesian dekat test-test yang lain dok menunggu korang; "bila tuan aku nak study ni?". Nanti diorang merajuk korang yang susah tau. Ha, nant murung lagi test2 pulak teruk.
Ok, setakat ni ja entry sis harini. KAlau lagi panjang takut nanti jadi cerita lain pulak dah.
p/s: move on la sebelum terlambat.

Comments
Post a Comment