Posts

PART 9 THROWBACK 8 (CONDITION)

Image
Kepala diletakkan atas meja. Prep malam itu sungguh dia rasa tiada mood untuk menyentuh apa-apa buku pun untuk ulangkaji. Dira juga tidak masuk prep malam ini memandangkan dia harus berlatih taekwondo untuk competition yang sudah dekat. Ariana melepas keluh perlahan. Mata ditutup seketika bagi merehatkan minda. Bunyi kerusi Dira yang kosong itu ditarik, Ariana membuka mata. Melihat Daniel yang menarik kerusi, Ariana kembali memejamkan matanya. Sungguh dia penat. “kau ade nak kongsi ape-ape dengan aku tak?” Suara Daniel hanya dibiar sepi. Kepala yang terletak diatas meja itu hanya menggeleng perlahan. “betul??” daniel cuba memancing. Ariana masih tidak mengeluarkan suara. Hanya kepalanya sahaja yang digerak-gerakkan memberi jawapan. “ok. Kalau takdak ape nak share, aku blah dulu.” bunyi kerusi yang ditolak kebelakang membuatkan Ariana mengangkatkan kepalanya. Daniel tersenyum nipis. ‘umpan sudah kena’ Namun melhatkan Ariana yang hanya meenungnya tanpa mengeluarkan su

PART 8 THROWBACK 7 (ThePRINCIPAL)

Image
p/s:- hye guys!! selalu saya buat pesanan lepas dah habis cerita, tapi kali saya letak pesanan ni paling atas sebab nak courage korang untuk baca part ni sampai habis. Agak panjang Part kali ini. Jangan bosan ok!! keep reading sampai habis sebab ada penenang di penghujung. Keep supporting me whoever you are. Thank you!! Kaki masih terpaku dihadapan pintu office. Tangan sudah beberapa kali digenggam cuba untuk mengetuk pintu meminta izin untuk masuk tapi ditarikkan kesisi. Ariana mengeluh. Suara nak bagi salam pun seolah tidak mahu keluar. Nafas ditarik dalam. Mata dipejamkan sebelum tangan kembali mendekat dengan pintu kayu coklat itu. “Ariana?” suara dari belakang membuatkan Ariana tersentak. Tangan ditarik kembali dan wajah laju dialihkan memandang suara dibelakang. “En Hisham..” tangan digenggam kuat. Takut juga dia pada ketua warden itu. Pecah masuk pejabat dia haritu langsung dia tak fikir takut. En Hisham bergerak ke pintu pejabatnya. Segenggam kunci dikel

PART 7 THROWBACK 6 (IT'S THE DAY)

Image
Suasana dewan utama Kolej Tengku Arshad riuh rendah dengan 150 pelajar dan juga beberapa staf dan guru-guru yang sibuk menjalankan tugas mereka untuk mengundi bagi pemilihan JPP. Bermula jam 8 pagi tadi dan masuk sekarang sudah hampir sejam mereka menanti diluar dewan menanti giliran mereka untuk masuk mengundi memandangkan mereka berada ditempat yang agak paling belakang didalam barisan. “aku takde mood la nak mengundi..” Naji bersuara disebalik kebisingan pelajar-pelajar lain. “asal?” Airin menyoal. “dah NYDP kita bukan Ariana, malas betul aku. Takkan aku nak undi si Diana cekodok tu?” Naji masih tidak berpuas hati dengan Diana yang sudah membongkarkan rahsia Ariana kepada pengetua sekaligus memilih diri sendiri untuk menggantikan tempat pencalonan Ariana sebagai NYDP. “kan bukan Diana sorang je yang bertanding untuk NYDP. Mimi pun ada sekali.” Ariana bersuara. “hmmmm.. aku kalau nak bandingkan kau dengan Mimi, mestila aku akan cakap kau lebih layak. Bukan aku

PART 6 THROWBACK 5 (CRACK)

Image
Masing masing yang ada di kelas 4 Hydrology tekun menelaah buku Biology kerana sebentar lagi mereka akan menduduki quiz kedua yang akan menyumbangkan markah dalam gred puata pelajar. Ada pelajar yang duduk secara berkumpulan untuk belajar bersama dan ada jugak pelajar yang cuba untuk bersendiriran. Daniel, Ariana, Dira dan Andy duduk mengelilingi meja Ariana dan Dira untuk mengulangkaji bersama. “Ariana!! En Hisham nak jumpa kau dekat bilik mesyuarat utama!!” Adam yang termengah mengah didepan pintu kelas bersuara kuat memanggil nama Ariana. Ariana dan Dira berpandangan sesama sendiri sebelum Ariana memandang Daniel yang ada dihadapannya kini. Teringat pula pada kerja gila yang dia lakukan seminggu lalu. “Biar aku pergi dengan kau sekali!!” Daniel bersuara. “tak payah. Biar aku pergi sensorang.” Ariana berdiri untuk beredar. Daniel sudah risau. Tidak kurang juga Dira dan Andy yang turut risau. Bukan mereka semua tidak tahu apa akan jadi kalau kerja gila Ariana