PART 5 THROWBACK 4 (WONDERgirl)
“SATU!!!! DUA!!! TIGA!!!”
Suara Miss Zu bergema diseluruh kawasan asrama puteri membuat countdown menghalau pelajar perempuan yang bermalasan dibilik sewaktu riadah petang. Yang mana tidur dengan nyenyaknya turut terjaga mana tidaknya, suara Miss Zu adalah satu satunya suara warden yang mereka paling geruni. Jika terlepas dari waktu countdown. Habis la masing- masing didenda dengan pelbagai denda yang unik dan kejam.
“ARIANA!!!!!” suara Mija bergema didalm bilik air memanggil kuat nama Ariana.
“ape?”
“Miss Zu kat luar beb!!!” masih lagi kuat suara dia menjerit
“WHAT!!! haish!! time time ni la dia nak datang!! aku tengah mandi ni!!!” Ariana membebel.
“kau jangan nak membebel!!! dia tengah countdow tu!!!”
“ZUbedah betol!!!”
“woi!! student durhaka!!” Ariana hanya menyengih sendiri.
Laju Ariana meninggalkan bilik air dan bersiap sepantas kilat supaya dia tidak akan tergolong dengan pelajar pelajar yang didenda. Tudung yang terdampar diatas katil disambar dan terus disarung. Serkop kepala juga dia tidak sempat untuk dipakai.
“TUJUH!!! LAPAN!!! SEMBILAN!!!”
“miss!!! kejap!!!” Ariana kalut berlari untuk melepasi pagar asrama sebelum ia dikunci.
“hey kamu Ariana!! asal tak turun training harini?” Miss Zu memanggil Ariana yang kalut nak larikan diri dari dikenakan denda.
“heheheh.. saya baru sampai kolej je Miss. Ada debat tadi..”
“menang?”
“hey MIss.. ni ARiana la.. mesti la menang!!!” riak Ariana memuji diri. Memang dengan MIss Zu ni dia rapat sikit sebab Ariana juga training tennis dibawah pengelolaan MIss Zu.
“dah!! gi tutup pagar tu..”
“saya boleh keluar la kan miss??” menyengih
“apa pulak, kamu duduk dengan saya tadi sampai saya habis countdown. So awak pun kena denda!!”
Ariana sudah mencarut menyumpah seranah diri sendiri kerana sudah tertipu dengan Miss Zu.
“ala Miss.. Miss yang panggil saya tadi.. please misss..” Ariana membuat muka kasihan.
Sudah ramai pelajar yang berkumpul dihadapan pintu pagar kerana tidak sempat untuk lari keluar. Masing masing hanya menunjuk muka redha untuk didenda termasuklah Ariana.
“Ariana, saya pass kat kamu untuk denda diorang. Saya nak pergi cek blok lelaki pula”
“huh??okok”
***
“weyh!!!lari lari. Miss Zu datang!!”
Ariana yang berada paling depan antara demua pelajar perempuan yang didenda bersuara. Dari jauh kelihatan Miss Zu menghampiri dengan motor scooter Ego hitam dia itu.
“Ariana!! kamu jangan mengelat ya!” Miss Zu yang membawa motor perlahan disebelah Ariana bersuara memberi amaran.
“eh Miss… mana ada saya mengelat. Tengok diorang semangat je lari tu…”
“hmm.. 6.45 japgi bawak pergi dewan makan terus..”
“ok Miss”
Miss Zu terus saja meninggalkan sekumpulan pelajar perempuan yang berlari mengelilingi kolej.
“kau kelentong pandai eh Ariana..” MAisarah antara yang didenda bersuara.
“hahahahaha.. sape suruh pass kat aku untuk dendakan. Kita ronda ronda Kolej je.. sambil ronda sambil cuci mata!!”
***
Suasana surau yang boleh memuatkan lebih kurang 300 manusia itu hingar bingar dengar suara pelajar pelajar yang tidak berkesudahan cerita mereka. Entah apa yang dicerita, tapi yang pasti riuh rendah surau malam itu. Surau yang dilengkapi dengan aircond itu terasa panas dan bahang. Suara pelajar lelaki dan pelajar perempuan sama naik membingitkan lagi ruang surau. Memandangkan mereka baru sahaja selesai menunaikan solat maghrib dan sedang menanti Ustaz Hamid untuk mengambil alih sesi tazkirah malam ini, masing masing sibuk membuka cerita.
“weyhh..apasal panas sangat malam ni!!” Mija sudah mengipas telekungnya memberi udara untuk masuk.
“aku rasa harini ramai buat dosa ni.. tu yang panas tu!!” Farah yang sudah terbaring di paha Mija bersuara. Kepala dibetulkan untuk mendapat keselesaan .
“weyhh.. kat luar sejuk gila!! aku gi toilet tadi, rasa macam nak stay je dalam toilet tu..” Airin yang baru saja masuk ke surau itu mencelah.
“kau gi toilet tak hajak.. boleh lepas hajat sekali tadi..” Aqeela bersuara.
“kau tak roger nak lepas hajat tadi.”
“aku rasa better korang duduk diam diam before Usatz Hamid tu aim kita.. Dah lama dah aku tengok dia perati kita ja dari tadi..” Ariana memberi amaran.
“ehh..masa bila Ustaz ada kat depan tu?” Farah pantas duduk. Takut juga kalau Ustaz Hamid perasan.
“kau kalau dah tidur, ape je yang kau perasan. Bom jatuh tepi telinga pun kau tak perasan..” Naji mengusik. Farah sudah memuncungkan bibir.
“mana ade aku tidur.. aku terlelap je.. eh btw, kau debat kelmarin macam mana Ariana?”
“baru harini kau nak tanya? Kawan apa kau ni!!?” sekali lagi Naji memanaskan lagi hati Farah.
“eh kau… aku baru balik camp petang tadi kan.. memang la tak sempat nak tanya kelmarin…”
“telefon kan ada.. whatsapp la tanya!!” sengaja menaikkan rasa marah Farah.
“takk.. sekarang ni ape masalah kau cari gaduh dengan aku??”
Naji dan Farah sudah bertekak. Yang lain hanya membiarkan mereka berdua bertikam lidah. Sudah masak dengan perangai mereka berdua. Naji la yang selalu mula mengusik. Farah pula pantang dicabar.
“haaa.. Najiha dengan Farah ada apa apa nak share ke kat depan ni? Saya tengok macam menarik je kamu bersembang.”
Suara Ustaz Hamid dari corong speaker bergema diseluruh ruang surau sekaligus mematikan perbalahan Naji dan Farah. Semua mata terus tertumpu pada Naji dan Farah yang duduk disebelah kiri surau. Memang tempat wajib mereka dari awal mereka mendaftar masuk ke Kolej Tengku Arshad dan nama mereka jugalah yang selalu disebut apabila Ustaz Hamid yang mengambil alih tazkirah malam. Naji dan Farah sudah terkulat menunduk dan menyengih.
“kan aku dah cakap duduk diam diam!!” Ariana bersuara perlahan.
“asal kita je yang kena aim? Ramai lagi la yang bersembang kat belakang tu..” Naji sudah membebel.
“dah geng kita je yang selalu buat hal..” Aqeela bersuara perlahan. Turut menunduk.
“mana ade!! aku baik jerr..”
Keenam-enam pasang mata terus tertumpu pada Naji. Merenung tajam.
“kau baik celah mana?” serentak mereka bersuara.
“haaa.. saya rasa tujuh orang tu ada cerita nak share. So wakil, boleh bangun ceritakan..”
Sekali lagi suara Ustaz Hamid memecah perbalahan mereka.
“haa cepat. Bukan saya je nak dengar.. kawan kawan kamu yang lain pun nak dengar jugak..”
Semua terus diam. Bukan setakat pelajar perempuan, pelajar lelaki juga diam menikus. Untuk seketika Ariana bangun berdiri tegak.
“ya Ariana. Apa yang nak diceritakan tu..” suasana surau masih diam. Makin tegang.
“minta maaf ustaz. Malam ni surau rasa panas sangat, jadi kitorang bincangkan beberapa pendapat je..”
seraya itu, suasana surau kembali bising dengan suara pelajar yang bersetuju dengan apa yang Ariana katakan.
“sudah..diam.. ha.. apa pendapat yang kamu bincang tu?” ustaz Hamid bersuara tinggi melawan suara pelajar yang bising itu.
“err…” Ariana memandang kawan kawannya di sekeliling meminta bantuan. Masing masing hanya buat muka toya. ‘dasar kawan tak berperikemanusiaan!’
“haaaa.. kitorang cadang untuk buat solat berjemaah dekat Dataran Sinensis ataupun Dewan Utama. Kalau tak boleh setiap hari, mungkin seminggu sekali. Takpun dua minggu sekali. Tikar tikar nak dihampar kan ada dan dalam masa yang sama kita boleh jemput penceramah luar ataupun kumpualn qasidah.”
Ariana menggoreng sahaja jawapannya kepada Ustaz Hamid. Yang penting dia boleh duduk balik dengan tenangnya.
“nak ambil penceramah luar bukan percuma ye Ariana..Bendahari Kolej takkan berikan dana yang besar pada kita.”
“kita fikir inisiatif lain untuk bayar penceramah selain minta dana dari pihak bendahari. Kita boleh buat tabung surau, duit tu kita guna bayar penceramah. At the end of the year, kalau ada lebih duit tabung tu, kita contribute dekat mana mana badan kebajikan yang perlukan atau bring forward ke tahun seterusnya or mungkin ada inisiatif lain yang boleh kita guna”
Panjang lebar Ariana memberi penerangan tentang pendapat bidan terjunnya. Pelajar lain yang mendengar jawapan dari Ariana terus saja kagum dengan keberanian dan keyakinan Ariana.
“hmmm..saya akan pertimbangkan pendapat kamu. Tapi apapun kita kena minta persetujuan ketua warden dan pengetua dulu. Sudah. Lain kali jangan nak berbincang time saya bagi tazkirah dekat depan.. ada pendapat terus jumpa saya atau mana mana warden.”
“baik ustaz!!”
***
“aku mati mati ingat Ustaz Hamid nak fire kita dah tadi..” Aqeela bersuara. Kaki melangkah menuju ke blok akademik untuk prep malam.
“nasib la kita ade wondergirl ni.. pandai menggoreng.. kalau tak mahu la kita kena jalan itik satu blok akademik sambil baca surah Al-Mulk..” Mija menyelit sambil tangan meraih bahu Ariana.
“tapi silap la Ustaz Hamid nak bersoal jawab dengan Ariana. Ratu debat ni, sepantas kilas je dia membidas..” Airin bersuara bangga.
“btw, mana kau dpat idea nak solat jemaah dekat sinensis tu? Tabung surau?” Farah mencelah.
“entah.. tiba tiba je terfikir.”
“hmmm kau tu lah.. asyik tiba tiba je. Nasib la yang tiba tiba tu boleh pakai!!” Dira pula bersuara.
“ha weyhh… weekend ni ni aku ada friendly handball dekat padang. Turun la support kitorang..” Naji tiba tiba mengubah topik.
“taknak la aku. Baik aku landing atas katil. Katil aku lagi perlukan support..” Airin bersuara mengusik.
“aku rasa katil kau perlukan belas kasihan tahu.. aku tengok dah nak roboh katil kau tu..” Airin hanya mencebik.
p/s:- hye guys!!!by the way tajuk WONDERgirl tu main letak ja sebab takdak idea nak cari perkataan yang unik sikit. so, thanks baca and stay tuned with another part!!!
p/s:- hye guys!!!by the way tajuk WONDERgirl tu main letak ja sebab takdak idea nak cari perkataan yang unik sikit. so, thanks baca and stay tuned with another part!!!

Comments
Post a Comment