PART 2 THROWBACK1 (TheGOT7)
Suasana dewan utama Kolej Tengku Arshad hingar bingar dengan ibu bapa dan juga pelajar-pelajar tingkatan empat yang sibuk menguruskan urusan pendaftaran masing-masing. Memandangkan ini merupakan pendaftaran pertama selepas perasmian pembukaan Kolej Tengku Arshad tiga bulan lepas, para guru, staf dan semua seisi lembaga Kolej Tengku Arshad turut berada di dewan Utama bagi meraikan kedatangan pelajar-pelajar baharu mereka. Tidak kurang juga suara emcee yang sejak tadi berkumandang memberi arahan dan tunjuk arah buat ibu bapa yang baru berkunjung tiba menambahkan lagi kemeriahan pendaftaran pada pagi itu.
Earphone dikeluarkan dari poket baju kurung sekolah bewarna biege itu. Ipod dibuka, mp3 dipasang. Mata hanya memerhati tingkah laku orang yang berada disekeliling. Sesekali bibir dan kepala bergerak mengikut rentak lagu yang berkumandang ditelinga.
“woi!!sedapnya dia angguk angguk geleng geleng dekat sinii..” earphone yang ditarik kasar membuatkan dia panas hati.
“kau dah kenape?” suara meninggi memandang tajam lelaki yang berdiri tegak dihadapannya itu..
“aku tengok ibu dengan ayah je yang semangat daftar. Aku rasa kau yang nak masuk kolej kan?” Daniel memerli.
“malaslah aku nak himpit himpit. Kau tengok tu, macam nak runtuh dah kaunter tu aku tengok..” jari menunding pada satu kaunter yang memamng dipenuhi oleh ibu bapa dan para pelajar.
“kau kalau bagi alasan, semua boleh runtuh. Semalam tanah runtuh, harini kaunter pulak runtuh?” sekali lagi dia memerli.
“ishh..yelah yelah. Sibuk je die ni. Mana mama dengan papa?” earphone dan ipod kembali disimpan kedalam poket baju.
“ade sekali dengan ibu ayah. Kau je yang menghilang..”
“tak habis lagi ke perli aku?” mata menjeling sambil kaki melangkah menuju ke arah ibu dan ayahnya yang masih setia beratur menunggu giliran di kaunter.
***
Tangan perlahan memulas tombol pintu bilik yang akan menempatkan dia sepanjang dua tahun sepanjang dia berada di Kolej Tengku Arshad itu. Ibu dengan ayah sudah pulang sebaik pendaftaran tadi selesai sama juga papa dan mama. Daniel juga sudah bergerak ke asrama lelaki. Mahu jugaklah diorang dia berkelahi dengan Daniel tadi dihadapan asrama disebabkan DAniel yang tak habis habis mengajaknya ikut ke asraam lelaki.
“jom la ikut aku, siape nak kemaskan baju aku nanti..”
“ehhh.. kemasla sendiri. Kau ingat aku makcik Bedah..”
“alah Riana.. kau tak kesian ke tengok muka aku ni?”
“tak”
“sobsobs. Sampai hati kau.. aku ngadu dekat ibu.”
“aku ngadu dekat mama kau buli aku.”
“ugut nampak”
“1:0. I win!!”
Mata memandang seisi bilik. Kaki masih kaku dipintu. Bilik yang memuatkan empat katil, empat almari dan juga empat meja belajar di setiap sudut bilik diperhatikan. Dua katil sudah dipenuhi dengan barang barang tapi orangnya tidak pula kelihatan.
“erm… awak bilik ni ke?” suara dari belakang memeranjatkan Ariana.
“errr..haah..” bibir memaksa mengukir senyum nips.
“yeke? Bagus la.. awak duduk la sebelah katil saya.” laju tangan perempuan itu menolak Ariana masuk kebilik.
“oh..haa..ok..ok” Ariana tergagap.
“hai.. saya Najihah.. boleh panggil saye Naji. Awak?” tangan dihulurkan untuk bersalam.
“saye Ariana.”
Masing-masing diam seketika sebelum pintu bilik dibuka dari luar. Seorang lagi pelajar yang akan sebilik dengan mereka juga sudah tiba. Ariana dan NAji hanya memandang pada pendatang baru itu. Tiga beg bagasi besar yang ditolak kedalam bilik itu membuatkan Ariana dan Naji terlongo. Mereka berdua saling berpandangan.
“nak pindah ke?” perlahan serentak sebelum masing masing melepaskan tawa perlahan. Takut juga pelajar itu terasa.
“hai… saya Naji. Itu Ariana.” NAji memulakan perbualan dengan pelajar yang baru masuk itu. Ariana hanya membiarkan sambil tangan sibuk mengeluarkan baju dari beg unutuk disusun kedalam lamari.
“Nasi?” serentak itu juga Ariana dan Naji sekali lagi berpandangan sesama sendiri sebelum menghamburkan tawa.
“eh bukan.. N.A.J.I. Naji..”satu persatu Naji mengeja namanya.
“owhhh…sorry.. telinga sumbat earphone.. saye Airin.. nak panggil ape ape pown boleh..”
“owhhh…hmm..nak tanya.. beg banyak-banyak ni bawak ape je?” Ariana yang sibuk mengemas mematikan perbuatannya. Turut fokus pada dua roomate barunya itu yang masih berdiri di tengah- tengah bilik. Teringin juga dia nak tahu apa yang perempuan itu bawa. Maklumlah, dia hanya bawa dua beg sandang je.
“hahhaha…” kaki melangkah pada beg bagasi bewarna pink itu. Perlahan mengangkat dan diletakkan keatas katil. Zip dibuka. Naji memanjangkan lehernya tidak kurang juga Ariana yang turut sibuk ingin mengetahui apa kandungannya.
“tadda..”
“huyyo” serentak Ariana dan Naji bersuara. Muka masing masing terkejut melihat isi beg tersebut.
“nak buat jual ke tu?”
“eh tak lah. Mana boleh jual. Semua saya sayang tau..”
“owhhh.. nak pinjam boleh ke nanti?”
“boleh sangat…”
“cunnn” serentak mereka bertiga bersuara
***
“Naji.. kau tak jumpa ke dengan budak tu?” bibr memuncung menunjuk pada katil yang sudah dipenuhi barang tapi orangnya masih belum menunjukkan muka.
“tak la. Aku masuk tadi kosong lagi. Aku keluar kejap and masuk balik sekali dengan kau tadi.”
“hmmm.. malam ni kan ada taklimat. Takut dia tak sempat nak join je”
“aku dengar tadi, budak tu homesick teruk. bersungguh pengetua dengan staf lain kejar dia sebab dia lari ikut kereta parents dia.” Airin yang baru masuk ke bilik selepas mandi bersuara.
“seriously? Dapat tak?” airin hanya menggeleng memberi jawapan.
***
Habis saja taklimat malam itu semua pelajar menyerbu dewan makan. Entah apa yang dibincangkan, suasana sungguh riuh rendah memandangkan dewan makan mereka tertutup. Bunyi sudu dan pinggan mangkuk berdenting disetiap sudut.
“malam ni korang nak buat ape?” Airin yang jalan beriringan dengan Ariana dan Naji menyoal.
“tidor” serentak
“alah.. awalnya nak tidor..”
“kau nak buat ape?” NAji menyoal pada Airin. Mereka mengabil tempat di satu meja yang kosong.
“tengok movie nak?”
“aku malas” Ariana laju membalas. Airin memuncung.
“kau Naji?”
“esok dah start kelas la, mahu terlajak esok macam mana?”
“masing-masing set alarm la..”
“hmmmm..ok la.. RIana… jom la..” Naji pula mengajak.
“yelah…”
“yes!!” srentak Airin dan Naji bersorak.
***
“bilik 105, panggilan untuk bilik 105!! 105!!”
Serentak mereka bertiga terjaga. Tangan pantas mencapai telefon bimbit dihujung kepala. 7.30 pagi. Masing masing serentak berpandangan sesama sendiri.
“DAMN!!” serentak juga mereka bersuara dan terus laju mencapai alatan mandi dan berlari menuju ke bilik air.
“saya bagi kamu lima belas minit dan pastikan 7.45 kamu dah ada di perkarangan Sinensis!” Suara Timbalan Pengetua kuat menjerit dari luar bilik air. Masing masing menyumpah diri sendiri.
***
Tangan malas malas mengutip daun kering yang berguguran di halaman berdekatan Perkarangan Sinensis. Keluhan dilepaskan. Entah untuk keberapa kali.
“sekali lagi kamu buat, saya akan rampas laptop kamu!” berdesing suara timbalan pengetua, Puan Maria menjerkah mereka sebaik kaki melangkah perkarangan Sinensis sebentar tadi.
“kau la ni Mija. Tak pasal pasal kitorang terlibat sekali.” suara seorang pelajar perempuan yang juga turut dikenakan denda akibat yang sama menyalahkan kawan sebiliknya.
“alah.. mana la aku tahu nak terbabas macam ni. Korang pun, asal tak dengar alarm? Aku pasang volume paling tinggi kot.”
“habis kau tak dengar afasal?” seorang lagi kawannya pula bersuara. Perempuan yang bernama Mija itu hanya diam menikus tidak berani membalas.
“korang bilik mane?” Airin yang dari tadi hanya memandang bersuara.
“112” Mija membalas.
“korang?”
“105..panggilan untuk bilik 105!! 105!!” Naji mengajuk kembali suara timbalan pengetua yang membuatkan mereka terjaga dari lena pagi tadi.
“saya bagi kamu lima belas minit!!” seorang lagi dari bilik 112 pula mengajuk. Serentak mereka melepaskan tawa.
“Naji. Yang tu Ariana, dan yang tu Airin” Naji memperkenalkan diri sambil jari menunjuk pada Ariana dan Airin.
“Mija. Makcik kepochi tu Dira, sebelah dia Farah and Aqeela.”
“owhh..hye…” masing masing memulakan perbualan sesama mereka.
Bermulalah perkenalan mereka bertujuh sebagai TheGOT7.
P/s:- hye guys!! macam mana throwback 1 dari cerpen 1 untuk TheGOT7? korang nak lebih lagi tak? Mula ingat nak buat story diorang lepas habis belajar, tapi fikir balik macam tak best kalau tak intro diorang dari awal. Betul tak? Please comment how this story goes. Sangat appreciate korang. To my silent reader, thank you. Tunjuklah diri anda.. hihihi

Comments
Post a Comment