PART 9 THROWBACK 8 (CONDITION)
Kepala diletakkan atas meja. Prep malam itu sungguh dia rasa tiada mood untuk menyentuh apa-apa buku pun untuk ulangkaji. Dira juga tidak masuk prep malam ini memandangkan dia harus berlatih taekwondo untuk competition yang sudah dekat. Ariana melepas keluh perlahan. Mata ditutup seketika bagi merehatkan minda. Bunyi kerusi Dira yang kosong itu ditarik, Ariana membuka mata. Melihat Daniel yang menarik kerusi, Ariana kembali memejamkan matanya. Sungguh dia penat.
“kau ade nak kongsi ape-ape dengan aku tak?” Suara Daniel hanya dibiar sepi. Kepala yang terletak diatas meja itu hanya menggeleng perlahan.
“betul??” daniel cuba memancing. Ariana masih tidak mengeluarkan suara. Hanya kepalanya sahaja yang digerak-gerakkan memberi jawapan.
“ok. Kalau takdak ape nak share, aku blah dulu.” bunyi kerusi yang ditolak kebelakang membuatkan Ariana mengangkatkan kepalanya. Daniel tersenyum nipis. ‘umpan sudah kena’
Namun melhatkan Ariana yang hanya meenungnya tanpa mengeluarkan suara itu membuatkan Daniel kembali serius.
“kau kalau tak ok, bagitahu aku. Dari jumaat haritu aku tak nampak kau pun dekat dewan makan. Aku tanya Dira pun dia kata kau tengah busy. Kau busy buat ape? Kita satu kelas, kalau kau busy mestila aku busy jugak.” Daniel bersuara memandang tepat pada Ariana yang masih keras kaku itu.
“fine.. kau taknak story dengan aku. At least kau story la dekat gang-gang kau. Diorang pun risau dengan kau.” sekali lagi Daniel bersuara.
“aku tak buat ape pun. Aku just penat je.” akhirnya Ariana bersuara.
“kalau kau tak buat pape, kenapa kau nak kena penat?”
Ariana hanya mengangkat bahunya menjawab tidak tahu.
“aku just penat..” mendengar jawapan Ariana, Daniel melepaskan keluh.
“En Rosli ade cakap ape-ape tak lepas kau pergi jumpa dia?”
“aku dapat balik pencalonan JPP aku.”
“seriously???” Daniel menyoal terkejut. Ariana menganggukkan kepalanya.
“habis tu yang kau murung je kenapa? Yang lain dah tahu?”
“jangan bagitahu sesape pon aku tercalon balik. En Rosli dah bagi syarat kat aku.””
“syarat? Syarat ape?”
“aku just kena diam sampai hari mengundi nanti.”
“means?”
“aku takkan lalui menifesto and so on. Terus mengundi je. Sape yang perasan nama aku ade dalam screen mengundi nanti, orang tu jelah yang boleh undi aku. Kalau diorang nak undi aku la..”
“tapi, tu kan tak ikut proses dengan sepatutnya..”
“aku tak boleh buat ape, itu syarat pengetua bagi dekat aku.”
Daniel mengukir senyum sedikit.
“takpe. Aku yakin, ramai yang still percayakan kau walaupun diorang tak dengar menifesto kau.” Daniel memberi semangat. Ariana hanya mengangguk dan berharap apa yang Daniel kata itu memang benar.
P/s:- hye guys!! ok ni part yang paling pendek saya buat sebab sebenarnya just nak inform syarat ape je yang En Rosli bagi dekat Ariana. So here we go. Shortest part!! keep reading my TheSASSY. Harap korang enjoy..

Comments
Post a Comment