PART 8 THROWBACK 7 (ThePRINCIPAL)



p/s:- hye guys!! selalu saya buat pesanan lepas dah habis cerita, tapi kali saya letak pesanan ni paling atas sebab nak courage korang untuk baca part ni sampai habis. Agak panjang Part kali ini. Jangan bosan ok!! keep reading sampai habis sebab ada penenang di penghujung. Keep supporting me whoever you are. Thank you!!

Kaki masih terpaku dihadapan pintu office. Tangan sudah beberapa kali digenggam cuba untuk mengetuk pintu meminta izin untuk masuk tapi ditarikkan kesisi. Ariana mengeluh. Suara nak bagi salam pun seolah tidak mahu keluar. Nafas ditarik dalam. Mata dipejamkan sebelum tangan kembali mendekat dengan pintu kayu coklat itu.

“Ariana?” suara dari belakang membuatkan Ariana tersentak. Tangan ditarik kembali dan wajah laju dialihkan memandang suara dibelakang.

“En Hisham..” tangan digenggam kuat. Takut juga dia pada ketua warden itu. Pecah masuk pejabat dia haritu langsung dia tak fikir takut.

En Hisham bergerak ke pintu pejabatnya. Segenggam kunci dikeluarkan dari kocek seluar slack hitamnya sebelum mencucuk pada lubang kunci. Ariana hanya memandang. Pintu kayu coklat itu dibuka.

“awak termenung apa Ariana? Taknak masuk ke? Bukan awak datang sini nak jumpa saya?” tujahan soalan dari En Hisham sekali lagi mematikan lamunan Ariana. Laju Ariana menanggalkan sandalnya sebelum melangkah masuk dengan salam terucap dibibir. Berdiri tegak disebelah meja En HIsham.

“awak datang office saya nak jadi hiasan patung cendana ke ape?” En Hisham bersuara sambil memandang tepat kearah Ariana.

“eh tak En Hisham.”

“duduk dulu..” En Hisham mempelawa duduk. Ariana pantas saja mengambil tempat dihadapan En Hisham.

“demam dengan kaki awak dah ok ke?” En Hisham menyoal dengan tangan sibuk mengemas fail dan buku buku yang berterabur diatas mejanya,

“huh… owh haa.. d--dah baik dah..” Ariana menjawab tergagap. Pelik macam mana En Hisham boleh tahu keadaan dia.

“kamu nak tanya ape kat saya?” mata kembali fokus pada Ariana dihadapannya.

“apa maksud En Hisham dua hari lepas dekat bilik mesyuarat tu?” Ariana bersuara perlahan menyoal.

“yang mana satu?” Ariana menggaru kepala mendengar persoalan dari En Hisham. Bukannya lama pun mereka soal menyoal dua hari lepas. Takkan dah lupa.

“errr…yang En Hisham suruh saya dapatkan pencalonan JPP balik. Apa maksud En Hisham?”

“takkan itu pun awak tak faham Ariana? Perlu ke saya terang ayat tu balik?” En Hisham mengangkat keningnya sebelah menyoal Ariana.

“saya faham En Hisham, tapi bukan ke memang patut pun kelayakan pencalonan saya ditarik sebab saya dah melanggar peraturan? En Hisham sendiri tahu apa yang saya dah buat sebelum semua tu terbongkar pada pengetua. Kenapa En Hisham nak saya dapatkan balik pencalonan tu?” semakin licin perbicaraan Ariana.

“macam saya cakap dekat awak. Saya, pengetua, cikgu-cikgu dan kawan-kawan kamu masih percayakan kamu..”

“tapi saya dah buat salah..” perlahan Ariana bersuara menunduk.

“ok see.. kenapa kamu pecah masuk lab kimia haritu?” En Hisham menyoal. Ariana hanya diam menunduk. Memang ada sebab dia masuk lab malam itu.
“sebab awak nak tolong Damia dan Ked untuk selesaikan masalah Project ScienceFair dia kan?” penyataan dari En Hisham membuatkan Ariana kembali mendongakkan kepalanya. ‘Macam mana En Hisham tahu?’

“tapi ape kena mengena dengan minta balik pencalonan JPP dengan sebab-sebab saya buat kerja gila tu?” Ariana menyoal pelik. Dia langsung tak faham. Btw korang pun tak faham kan?

“bila seseorang dihukum atas kesalahan, kita bukan hanya tengok benda jahat apa yang dia buat. Tapi kita juga kena tahu, sebab apa dia buat benda jahat tu” dahi Ariana terus berkerut mendengar apa yang En Hisham sampaikan. Otaknya yang cerdik pandai itu langsung tidak berfungsi dikala itu.

“apa yang kamu tak faham Ariana? Saya cuma nak bagitahu semua yang kamu buat sebelum ni, semua memberi manfaat kepada kawan-kawan kamu dan juga nama kolej. ” En Hisham sudah malas untuk memberi penerangan panjang memandangkan Ariana langsung tak faham apa yang dia cuba sampaikan.

“tapi…”

“sudah.. lebih baik awak pergi jumpa En Rosli untuk berbincang pasal pencalonan awak sementara dia belum balik.”

Ariana hanya mengangguk. Lantas dia melangkah keluar dari pejabat En Hisham.

“terima kasih En Hisham” Ariana berterima kasih atas penerangan En Hisham walaupun dia tidak berapa faham apa yang En Hisham cuba sampaikan, tapi dia pasti En Hisham sedang menyebelahi dia waktu ini.

***

“saya tak boleh kembalikan pencalonan kepada awak Ariana..”

“tapi, bukankah En Rosli sendiri yang naikkan nama saya dalam meeting pencalonan JPP dengan staf-staf haritu?”

“yup. Memang saya sendiri naikkan nama awak, tapi saya juga kena bersikap adil. Kawan kamu datang bongkarkan rahsia awak, jadi saya terpaksa jalan tugas saya sebagai pengetua.”

Ariana melepaskan keluhan perlahan. Sudah hampir setenagh jam dia didalam pejabat pengetua, tapi sedikit hasil pun dia tak dapat.

“saya buat kerja-kerja gila tu bukan untuk kepentingan diri saya En Rosli.” Ariana bersuara perlahan. Perasaan hendak berputus asa juga sudah timbul.

“saya tahu. Saya dah lama tahu.”
Ariana hanya diam. ‘kenapa semua orang tahu aku buat kerja gila ni?’

“its means saya masih ada sebab kenapa saya patut dapatkan balik pencalonan saya.” Ariana kembali bersuara. Masih mencari sedikit peluang.

“nope!! awak tetap melanggar peraturan. Memang awak ada sebab lain, tapi cara awak tu tak betul. Thats why saya kena adil. Rules is stil rules.”

“baiklah En Rosli. Saya rasa saya dah tak ada point untuk pertahankan pencalonan saya, tapi saya harap En Rosli masih boleh pertimbangkan lagi permintaan saya. Saya yakin En Rosli masih percayakan saya dan saya harap saya boleh berbakti kepada Kolej Tengku Arshad. Saya minta diri dulu,”

Ariana bergerak melangkah keluar dari bilik pengetua. Salam diberi. Ucapan terima kasih juga sudah diucapkan.

“Ariana”

Panggilan dari En Rosli membuatkan Ariana memusingkan tubuhnya.

“selesaikan dalam masa dua hari, selepas tu saya akan pertimbangkan permohonan awak.” satu sampul surat coklat bersaiz A4 diserahkan kepada Ariana. Ariana hanya menggaru kepala yang dilitupi tudng hitam itu. Namun sampul surat coklat itu tetap dicapai.

“ape ni En Rosli?” Ariana mengerutkan dahinya. Memang tak pandai cover dah muka.

“nanti awak buka, awak tahu.” segera En Rosli pergi meninggalkan Ariana didepan pejabatnya. Ariana hanya memandang pelik envelop coklat itu.

***

Isi dalam sampul surat coklat itu dipandang sepi. Balik saja dari pertemuan dia dengan En Rosli tadi, terus Ariana buka sampul itu. Kertas yang dicetak dan disatukan menjadi sebuah buku seolah report tahunan itu hanya dipandang. Btw memang report tahunan pun memandangkan cover report tersebut menulis Yearly Financial Report of TA Company. Sesekali buku report itu diterbalik-balikkan kedepan dan kebelakang. Tangan kembali menggaru kepala yang tidak gatal. Memandangkan masa dua hari yang En Rosli berikan itu adalah hari hujung minggu, jadi Ariana sudah bertekad untuk bertapa dimeja belajarnya sepanjang Cuti hujung minggu itu.

“apabende yang kau perhatikan tu Ariana?” suara Airin menyoal pelik apabila melihat Ariana yang seolah tak senang duduk sejak pulang dari berjumpa dengan pengetua tadi. Bila ditanya, dia hanya cakap tiada apa.

“takde ape.”

“dari tadi aku tanya takde pape. Tapi kau punya duduk tu dah macam ada bisul tahu..”

“nampak sangat ke? Takdak pape lah. Aku tengah fikir jalan kerja Addmath ni..”

“masa bila addmath ada buku macam tu?”

“huh?? errr.. aku cari sendiri soalan ni and compilekan sekali.”

“owhhh..”

Ariana kembali fokus pada buku laporan tahunan itu. Ariana melepaskan nafas perlahan. Jika hanya dipandang, masalah takkan selesai jadi lebih baik dia segera bertindak. Buku laporan tahunan itu diselak. Dari muka surat pertama hingga bertukar muka surat, Ariana tekun menelaah apa yang ditaip didalam laporan tahunan itu. Sesekali muka Ariana bereaksi biasa dan sesekali mukanya kembali mengerut. Pensil tekan ditangan sesekali digoyang-goyangkan dan sesekali menconteng pada buku laporan itu.

“minah tu buat ape?” suara Naji yang baru lepas habis mandi bersuara menyoal pada Airin yang sibuk dengan buku komiknya dikiri dan kanan katil merujuk kepada Ariana.

“dia kate study Addmath..” mata masih fokus pada komik ditangan.

“ada test ke dalam masa terdekat ni?” Airin hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu menjawab persoalan Naji. Naji pun hanya membiarkan Ariana dan terus mencapai laptopnya disi katil sebelum movie The Notes dibuka.
***

Jam loceng di sudut meja belajarnya sudah menunjukkan pukul 2.45 pagi. Mata melilau melihat Naji dan Airin yang sudah nyenyak lena dikatil. Lampu utama bilik juga sudah dipadamkan dan sekarang Ariana hanya menyalakan lampu dimeja belajarnya sahaja. Jika petang tadi dia hanya menghadap buku laporan itu, kini matanya fokus pula kepada laptop yang sejak tadi masih subuk dengan carian maklumat dari google. Sesekali tangan mencatit segala maklumat yang dia dapat ke atas kertas A4 yang sudah berselerak diatas meja. Buku laporan itu kembali ditarik dan dibuka pada muka surat yang dia berhenti membaca sebentar tadi. Muka surat 75/168.

***

Power point yang terpasang dilaptop beberapa kali dipandang. Ada 55 slide yang secara totalnya setelah dia selesai menelaah buku laporan itu. Walaupun dia sendiri tidak tahu apa yang patut dia buat, tapi dia rasa lega sekurang-kurangnya dia ada bawa hasil untuk En Rosli hari ini.

“dah lama tunggu?” Suara En Rosli yang baru sahaja sampai terus menyapa Ariana yang sedang menunggu di sofa diluar biliknya.

“tak. Baru je En Rosli.” Ariana bangun sebelum turut ikut masuk kedalam pejabat En Rosli selepas dipelawa masuk.

“so, apa yang awak dah lakukan degan laporan tahunan yang saya bagi tu?” En Rosli menyoal.

“errr.. sebenarnya saya tak tahu apa yang En Rosli nak saya lakukan dengan laporan tu sebabnya saya pasti tak ada apa-apa kesalahan dalam tu memandangkan laporan tahunan tu memang laporan official Company TA.”

“jadi apa yang awak bawa untuk saya hari ini?”

Ariana tidak membalas. Laptop yang sejak tadi terpasang dengan power point terus dibuka dihadapan En Rosli.

“saya summarizekan report ni kepada bentuk yang lebih mudah untuk orang fahamkan since TA company memang publish to public mengenai laporan kewangan diorang. So company lain tak perlu baca laporan yang panjang-panjang penuh dengan words, ledger and so on.”

“awak ada softcopy slide ni dalam pendrive?”

“ada!!” Ariana terus menyua pendrive kingstonnya kepada En Rosli.

“pergi bilik mesyuarat utama, set up slide awak dekat projektor. Nanti saya pergi.”

Ariana terpinga-pinga mendengar arahan En Rosli. Dia hanya berharap En Rosli ambil pendrive itu dan terus halau dia dari pejabat kerana dia hendak mengganti kembali masa tidur dia yang terjejas selama dua hari itu menyiapkan laporan itu.

“kamu tunggu apa lagi Ariana?” suara En Rosli mematikan lamunan Ariana. Dengan pantas Ariana meninggalkan office En Rosli dan terus menuju ke bilik mesyuarat utama yang tak jauh dari situ.

***

“apa pendapat awak tentang pendapatan dan profit yang terhasil dari TA company?” habis sahaja Ariana membentangkan 55 slidenya, salah seorang lelaki yang mungkin usianya dipenghujung 20 ataupun diawal 30 itu menyoal.

Terkejut Ariana apabila bukan sahaja En Rosli yang masuk kedalam bilik mesyuarat sebentar tadi, malah turut dikuti oleh dua orang lelaki yang dia pasti dia langsung tak kenal dan yang Ariana pasti mereka berdua bukan staf atau guru dari Koleh Tengku Arshad.

“sebenarnya saya tak berapa tahu sangat mengenai kewangan-kewangan apatah lagi melibatkan business yang besar macam ni. Jadi saya ada juga buka laporan kewangan dari company-company yang lain, dan selepas saya bandingkan dengan beberapa company, saya yakin kewangan TA Company stabil.”

Mendengar jawapan dari Ariana mereka bertiga mengangguk setuju. Ariana yang tidak pasti apa yang berlaku, dia anggukkan juga kepalanya.

“tapi awak tak rasa ke 55 slide tu masih banyak bagi orang luar untuk baca?” seorang lagi yang kelihatan lebih tua berbanding lelaki pertama yang menyoal tadi bersuara.

“err..sebenarnya saya nak buat dalam bentuk video with narrator, movement, and a little bit graphic in it untuk attract orang luar and at the same time takde la rasa bosan nak kena baca sendiri 55 slide ni, tapi saya sempat buat setengah jalan je. Last minutes baru terfikir.” Ariana tersengih.

“awak ada yang setengah jalan tu?” suara En Rosli pula menyoal.

“Ada!!” lantas jari Ariana laju menggerakkan tetikus membuka hasil videonya yang tak sempat dihabiskan itu. Terus butang play ditekan.

“kalau saya bagi awak masa tiga minggu untuk siapkan video ini dengan sempurna boleh awak siapkan?” En Rosli memandang tepat pada lelaki yang paling muda yang menyoal Ariana itu.

“you should ask me first Firash!! she is my student. I taknak pelajaran dia terganggu dengan benda bukan urusan dia. Cukup dia lontarkan idea. Yang lain kamu boleh cari orang lain untuk selesaikan.” En Rosli tegas membantah. Ariana hanya diam ditempat dia. Dari awal cerita dia tak faham apa yang dia tengah buat sekarang ni. Dia langsung tak faham apa yang author nak dari dia sebenarnya.=p

“papa, I think you know her better..”

“papa?” Ariana bersuara perlahan. ‘owh. Anak En Rosli ke sorang tu..’

En Rosli menarik nafas dalam.

“nanti papa inform lain dekat kamu. Ariana, kamu boleh tunggu saya di office.”

Ariana hanya mengangguk faham sebelum keluar sari bilik mesyuarat utama. Ariana melepaskan keluhan perlahan. ‘susah juga nak dapat pertimbangan En Rosli ni. Ke hulu ke hilir aku kalah PM semata-mata nak tercalon balik dalam pencalonan JPP.’ Ariana mengeluh sekali lagi. Terasa menyesal pun ada merayu memohon kembali pencalonan itu. Ariana tersenyum sedikit. Terasa hendak gelakkan pada diri sendiri.








Bunyi dentingan mesej masuk ke telefon, pantas Ariana membuka.

“mana kau? Asal tak masuk kelas prep petang ni?”

Whatsapp dari Daniel dibaca. ‘tahu je aku tengah kusut’

“aku tengah berjuang untuk keamanan negara ni,
Jangan ganggu!!”

Ariana membalas.

“kau berperang kat mane? Nak join!!”

Ariana tersenyum membaca.

“Daniel..”

Butang send ditekan

“hmmmmm”

Daniel membalas pendek.

“aku nak balik..”

bunyi denting sekali lagi menandakan Daniel membalas.

“aku tahu kau tak ok. Kau ada mane tu?”

Balasan Daniel Ariana pandang sepi. ‘aku memang tak ok. Aku penat. Author, kenapa seksa aku macam ni?’

Comments

Popular posts from this blog

PART 1 (still tak dapat title lagi)

PART 6 THROWBACK 5 (CRACK)

PART 7 THROWBACK 6 (IT'S THE DAY)