PART 3 THROWBACK 2 (BOYS' SIDE)


Kertas periodic table yang ada di hadapannya hanya dipandang sepi. Habis saja prep malam terus sahaja dia keluarkan kertas itu dari beg. Masuk waktu sekarang sudah hampir sejam dia hanya memandang kertas A3 yang dipenuhi kotak berwarna warni itu.

“nah ambil ni. Hafal. Figure out dia punya chemical properties, mana yang metal and mana yang non metals. Esok tunjuk dekat aku.”

“kau tenung apa tu Mika?” Haq yang dari tadi memetik gitar diatas katilnya menyoal. Pelik juga dia bila Mika langsung tak keluarkan sebarang suara sejak diorang balik bilik habis prep tadi. Entah apa yang dia renung dekat kertas A3 tu pun Haq tak tahu.

Mika hanya mengangkat kertas A3 itu menunjuk pada Haq.

“study?”
“hmmm… entah la. Dari tadi aku hadap satu pun tak masuk.”
“kau lukis table tu means dah ada la sikit yang masuk..”
“bukan aku yang lukis..”
“then?”
“Airin”
“Airin?? asal tiba-tiba jer? Bukan kau dengan dia tak pernah ngam ke?”
“hmm.. haritu aku ada la minta tolong dia ajarkan aku Chemist. Dia macam tak layan je, aku ingat memang taknak ajar. Sekali ha.. kertas gedabak ni dia suruh aku hafal.”
“hahaha… ok la tu. Pn. Azlin tak habis habis suruh kitorang gi belajar dengan dia”
“ehh jap. Mana yang lain? Selalu habis prep je bilik ni penuh macam sardin tin je lagi”
“masing masing busy. Kojie dengan Abit ada training taekwondo Weekend ni ada friendly. Andy dengan Daniel masuk lab siapkan diorang punya projek untuk Robofair nanti. Pijoe sibuk dengan teater”
“kita je la yang relax setakat ni?..”
“tak relax sangat la weyh. Next tournament dengan Kolej Yayasan. Faizal cakap dah tiga tahun diorang pegang title juara.”
“esok kan start training?”
“yup”

***

Kelas 4 Forensic sunyi sepi walaupun tiada guru yang masuk menggantikan Pn Azlin selaku guru Kimia. Masing masing hanya fokus pada buku latihan merah yang ditinggalkan Pn Azlin untuk disiapkan sewaktu ketiadaannya.

Abit disebelah yang menumpukan perhatian pada buku latihan itu hanya dipandang.

“nak aku ajar tak?” Abit dan Mika berpandangan sesama sendiri sebelum memandang pada Airin yang berdiri tegak dihadapan meja Mika.

“errr..boleh jugak”

“nak join…” Abit semangat mencelah.

“kau ajar aku lagi bagus Abit. Dari tadi aku dok hadap page yang same ja” Hafiz yang duduk dibelakang meja Abit pula bersuara.

“kau tu berangan je banyak, sebab tu tak gerak gerak.”

“aku kalau boleh jawab takdenye aku nak berangan hoi..”

“yelah yelah” Abit memusingkan kerusinya mengahadap Faizal dibelakang.


“Dah siap ke periodic table yang aku bagi semalam?”
“belom. Ada certain yang aku tak tahu”
“bak sini aku tengok”
Mika mengeluarkan kertas A3 dari beg sandangnya.
“dah betul dah kau buat ni. Means kau dah faham la apa yang Pn Azlin ajar, cuma kau tak tahu macam mane nak apply dalam soalan kan?”
“hmmm..mungkin la”
“yang mana kau tinggal ni, kau try cari dalam textbook. Tak silap aku page 65”
“kau hafal textbook ke hape?”
“takde kerja la aku nak hafal textbook. nanti dah siap dalam kertas ni baru aku ajar kau macam mana nak jawab soalan dalam buku latihan ni.”
“ok”
“prep malam ni kau masuk kelas tak?”
“masuk! Kenapa?”
“tolong ajar aku Addmath. Latihan yang Miss Azura bagi tu semua aku boleh buat setengah jalan je.”
“ceit.. patut la beria nak ajar aku Chemist. Nak balasan rupanya.”
“hei… saling berbagi la.. baru la adil”

“nak join!!!!” Abit dan Hafiz dibelakang bersuara.

“boleh. Sejam lima ringgit seorang!”

“uishhh.. boleh tahan eh buat bisnes”

“so boleh tak?” Airin mencelah.

“boleh..”

“cun!!” dua orang dibelakang yang menyahut.

***

“asal lambat weyh?” Abit dan Mika yang baru mengambil tembat dimeja makan dewan makan disoal,

“biase lah kalau kelas En Iskandar. Pop kuiz beb!!” Abit semangat bersuara.

“nasib la ada student favourite dia kat sini. Kalau tak, mahu jadi orang last keluar kelas gamaknya” Mika menjeling pada Abit disebelahnya.

“hahahaha.. bukan student kesayangan, ‘ANAK’ kesayangan!” Andy menekan perkataan anak itu.

“banyak la kau punya ‘ANAK’ kesayangan. Hari hari menyusahkan aku. Pantang nampak, ada ja la dia nak sembang”

“oit. Pi mohon ampun cepat. Dasar anak durhaka!…” serentak mereka semeja ketawa. Riuh rendah dewan makan dengan suara mereka.

“weyh Daniel! Aku dengar Ariana buat projek gila dia semalam.” Kojie bersuara.

“dia buat apa pulak kali ni?” Pijoe pula menyoal

“curi masuk bilik ketua warden”

“gila!!” serentak mereka satu meja bersuara. Bukan semua tak tahu ketua warden la satu satunya cikgu yang paling digeruni. Nampak sahaja kereta ketua warden dari jauh masing masing lari walaupun masing masing tak buat salah.


“for??”Haq mengerutkan dahi.

“on switch wifi kolej”

“kantoi tak?”

“dengan En Hisham belom la, tapi budak perempuan dah kecoh dah.”

“diorang pandai cover. Kecoh macam mana pun dalam batch, dengan Ariana sape je berani nak kantoikan..”

“kuasa bakal NYDP”

***

“kau buat kerja gila lagi?”

Daniel menekan butang hantar.

“mana ade!”

Sesaat dua, Ariana membalas.

“jangan tipu aku la. Kojie bagitahu tadi.”

Jari bermain diskrin telefon bimbit menanti balasan Ariana.

“alah.. terdesak. Nak kena siapkan online
 slide untuk Mascurate Night nanti”

Daniel mengeluh perlahan membaca balas mesej dari Ariana.

“aku tahu kau takkan buat kerja gila kalau kau tak terdesak,
tapi kalau En Hisham dapat tahu, susah kau nanti.
 Lagi berapa hari je lagi nak sampai hari pencalonan.
Jangan sampai kau hilang kelayakan je.
kawan-kawan memang percayakan kau,
tapi jangan buang kepercayaan tu dari cikgu-cikgu”

Lama Daniel tunggu balas dari Ariana.

“Daniel, passkan sponge tu jap.” Andy yang sibuk dengan projek Robofair bersuara. Daniel hanya diam memerhatikan telefonnya.

“kau risau dengan Ariana ke?” Andy menepuk bahu Daniel.

“huh?”
“kau risau kerja gila Ariana kantoi ke?”
“hmm..”
“chill.. aku tahu Ariana and the gang. Biar pecah diperut jangan pecah dimulut”
“aku tahu..tapi…”
“dah la. Kalau dia kantoi pun, aku yakin dia tahu macam mana nak cover. Bukan kita tak pernah dengar dia buat kerja gila macam ni. Yang lagi gila pun ada.”
“hmmm.. harap macam tu la”
“dah dah. Passkan sponge tu jap kat aku. Projek kau macam mana? Dah identify ke apa problem dia?”
“dah! En Hakim tolong aku kelmarin. Tak cukup liquid, thats why dia tak jalan.”
“owhh… patut la. Nasib projek aku tak libatkan motion bagai. Kalau tak mahu aku murung siang malam.”

“ye, aku tahu. Kau dah cakap banyak kali kat aku.
Ni last aku buat kerja gila. Aku tahu, aku kena
tunjuk contoh yang elok dekat yang lain.
Sumpah ni yang last!”

Daniel tersenyum membaca balas dari Ariana. ‘aku harap memang betul last la Ariana.’

“good girl!!”


P/s:- ok masih throwback. Have fun dan harap setia untuk membaca dan menuggu for my next cerpen. Thanks guys!!

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

PART 1 (still tak dapat title lagi)

PART 6 THROWBACK 5 (CRACK)

PART 7 THROWBACK 6 (IT'S THE DAY)